April 01, 2017

Menjengah Ke Sini

Oh wow!
LAMA sudah aku biarkan blog ni berhabuk.

Ada masa,
kau rindu sangat nak bertahajud penuh penghayatan
endahkan segala ke-ngantukkan
ngadu sepuasnya
nangis puas-puas

Cerita lah pada Dia
sebab Dia sahaja yang setia mendengar rintihan kau

Nak katanya..
penat belum hilang
esok kembali bekerja

Hati kerisauan
urusan kacau bilau

Mungkin waktu inilah
waktu terbaik kau bersendirian dengan Tuhan

MR
010417

December 09, 2016

Menjadi Harapan Manusia

:: Menjadi? ::

Apabila KITA mengharapkan sesuatu dari seorang MANUSIA
Kemudian ia mengotakan janjinya
Alangkah bahagianya kita.

Akan tetapi
Apabila MANUSIA memberi harapan kepada KITA
Kita yang perlu menjadi harapan mereka
Kau rasa bagaimana?

Berat kan..

Menjadi harapan manusia atau menjadi manusia harapan. Hu.

091216
Mutiara Rini

December 03, 2016

Dari kejauhan (nun di kelantan)
dia bertanya.. "mizah ok?" (aku di johor)
Allahu..
Yang jauh terasa dekat.

"Ok next week kita jumpa. sembang yerr"
Ngee berbunga hati

-grup sembang-

pabila hati-hati ini saling memahami.. hehe

031216
TITP



Sekian lama ditinggalkan

Bismillah,

Maaf tidak sempat menghapdet blog ini
Bersawang sudah..

Jujurnya aku masih tidak dapat berdiri stabil
Dek kerana kerjaya yang memenatkan
Ya memang penat.

Ingin ku selitkan di sini ;

Aku rindu pada bi'ah
Dikelilingi mereka bjiwa besar

Realitinya,
Kita hidup berpelbagaian
Bergaul dengan yang tua, muda
,beza budaya bangsa

Pokoknya
Berjiwa besar itu harusnya siapa?

031216
TITP

June 06, 2016

Ajarkan aku..

Ajarkan aku erti syukur.



---Pernah aku lontarkan persoalan ini.
"Bagaimana nak menghayati or merasai nikmat kesyukuran?"
Kerna tersedar lekanya aku hingga kufur nikmat.
Petik jari. Allah datangkan ruang dan peluang buatku.

Lama juga rakan saya ambil masa untuk reply

Suatu hari, dikotakan janjinya

Katanya,
"untuk menghayati atau merasai makna syukur adalah kita kena terus usaha hadapi semua yang telah diberikan/ditetapkan kepada kita."

Gulpp. Ouchh.

"Apa jua tempat yang Allah tetapkan kita, moga dapat terus sebar manfaat."

Wahai,
Ajarkan aku 
Erti sabar pula. 

Mutiara Rini,
1 Ramadhan 1437H

April 21, 2016

Siap Sedia

Sekian lama duduk di dalam zon selesa
tiba masanya untuk keluar ke alam realiti

Dunia yang melelahkan
Adakalanya mengasyikkan

Aku harus siap
berbekalkan iman dan taqwa
agar tidak kecundang pada bisikan syaitan
halus menyuntik

Pertama-tama,
didik hati supaya ikhlas
usah dipikirin soal wang, pangkat dan masa

Soalnya,
sejauh mana aku bisa bertahan
akan makna; pentarbiyahan diri di sana.

March 07, 2016

Jagalah aib saudaramu


Aku lihat media sosial terutamanya FB telah menjadi laman mengaibkan manusia.

Misalnya, kesalahan pemandu bas memarahi penumpang telah diviralkan hingga menyebut nama syarikat bas tersebut. (Ini sedikit sebanyak mencalarkan nama syarikat itu sedangkan kesalahan itu berpunca drpd sikap pemandu itu). Ataupun kesalahan seseorang telah dimalukan di khalayak dengan mengambil gambar beliau yang agak mengaibkan sekaligus menjadi bahan ejekan. Hanya kerana satu kesalahan.

Ada adabnya sekalipun TERINGIN membuka aib seseorang. Antaranya:
- Saat di muka pengadilan hakim, saksi boleh membuka aib terdakwa untuk menyatakan kebenaran.
- Dibolehkan jika ianya membahayakan agama dan negara demi kemaslahatan.
- Boleh menceritakan keburukan orang kepada pihak yang dipercayai boleh menyelesaikan persoalan.
- Membuka aib untuk dijadikan iktibar bg semua, maka ia dibolehkan.

Jikalau pemimpin berbuat kesalahan, lebih baik kita mendoakan. Kasihan.. dia juga punya hati dan perasaan. Makin dimalukan, makinlah ia membenci. Semua manusia tak lari daripada berbuat kesalahan/kesilapan.

Menjaga maruah; ada beza antara borak sesaje dengan borak berisi.
Jagalah aib seorang muslim, Allah akan menjaga aibmu.

Wallahu a'lam.