May 09, 2014

Gelabah

Bismillah,



Bila sudah mula gopohnya,
Terserlah lompong-lompong kesilapan.

Lantak.

April 29, 2014

Cabaran dalam Memahami

Bismillah..

Mengadap assignment muamalat semasa sejak dari cuti mid sem,
Boleh buat aku muntah.
Semester lepas fiqh muamalat, semester ini muamalat semasa.
Dari teori ke praktikal
Daripada maksud wang, manfaat, akad jual beli, pemilikan harta kepada apa itu riba, sukuk, wakalah, hiwalah, wadiah, BNM, Sekuriti.

Berada di alam lain
Aku sedang belajar apa ni? "Ekonomi atau Muamalat?"
Seperti kedua-dua nya

Dunia muamalat yang sering mengalami proses kepesatan kewangan
Harus peka dengan keadaan semasa
Ada saja inisiatif baru yang ingin dikeluarkan untuk kemudahan ramai

Yang penting ia patuh syariah.

April 05, 2014

Lakarkan jiwamu di atas kertas

Bismillah.


Waktu itu
Ah, sukanya aku.

Mengimbau diari perjalanan.

Andai saja,
Kita bisa mengingat setiap detik tersebut

Ada manisnya
Ada juga pahitnya

Pengalaman mematangkan
Walau ia menyakitkan

Sama-sama kita rasai
Nikmat kelazatannya

Ramai orang terlupa
Mereka lebih banyak mengeluh 
daripada mengucap syukur
Seolah-olah tiada Ar-Rahman 

Terus jalan
Ingat tujuan

.refleksi.

March 20, 2014

Murobbi ku

Bismillah,
Mencari jalan keluar,
Solusinya ada di situ.

Suatu hari, hati tergerak untuk menegur beliau di private message.

Aku menceritakan masalah.

Nampak seperti remeh, tapi sungguh ia mengganggu konsentrasi. Kusut.

Beliau memberi kata semangat,

Katanya : "Setiap kali memulakan kerja itu, enti kene banyak tajdid niat."

Aku : "Tajdid niat kak?"


Katanya lagi : " Perbarui niat kita ikhlas dalam membuatnya.."


Nasihatnya cukup ringkas, namun memberi makna yang amat mendalam.

Sangka ku perkara niat ini hanya sekadar biasa-biasa saja.
Rupanya mengandungi seribu satu makna tersirat.

Mengajak manusia supaya tidak lupa diri , kepadaNya.
Dia, Yang Berkuasa memegang hati insani.

Serahkan segala-segala padaNya.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

March 14, 2014

Seteguh Pengembala Kambing

Bismillah,


Kelam,
Sekadar diterangi sebuah lampu
Yang cahayanya sesekali balam
Terbaring aku termangu-mangu
Buntu dek luka yang dalam.

Checkmate!

Kata itu membisik di qalbi
Bahawa makrifatku sekadar di sini

Ahhh...

Man jadda wajada!!

Kata keramat itu sengaja ku laung
Menanam azam yang tinggi menggunung.

Fikiran ku kembali berputar ligat
Biarpun tiada sebarang hasil
Namun tetap ku terus semangat
Menghindar terdampar di lembah jahil.

Nukilan: Bro Egypt

March 13, 2014

Andai kau tahu

Bismillah,

Dua

Wahai,
Anda tahu senyum itu sedekah bukan?
Sila sebarkan.

Aku,
Sesak nafas lihat kerutan di dahi
Bikin jiwa kacau


Tiga

Jerebu.

Kabur di pandangan
Tidak secerah mentari pagi

Gali mencari
Ada kelompongan 
Alangkah beruntungnya
Ia tekun di dalam solat

March 08, 2014

sepatu

Bismillah.


Biar sedikit tetapi berterusan,
Bukan mati di tengah jalan.

Satu

Tersangkut. Buntu. 
Tiada patah balik.

Ayunkan langkahmu
Melaju.

Campak ke laut dalam
Segala peristiwa silam

Lihat awan
Ada sinar menerangi alam

.........