May 24, 2010

didikan Dia

bismillaah


ye kadang kita terlupa bahawa setiap yang berlaku dalam hari-hari kita adalah didikan halus dari Allah.
it's ok to forget this reality because some day we will come to realize it.
like me.


kadang Allah pertemukan kita dengan rakan yang menguji hati sanubari,
tapi itulah didikan Dia.
kadang Allah datangkan sosok2 hebat yang membuat kita jatuh dan malas sebab inferior,
tapi itulah teguran Dia.
banyak lagi 'kadang' itu.
kalian lebih tahu.
Allah mahu lihat setakat mana ilmu di dada terkesan dalam amal seharian.
ya.
amal.
ilmu dan amal.
10 muwasofat seorang Muslim.

kita pungpangpungpang sibuk pasal itu ini,
kena selalu ingat, Allah perhatikan kita, Allah akan minta pertanggungjawaban.
ouh hati, takutlah dengan ancaman Allah dalam surah as-Soff!

---




wallahua'lam

penulisan ini sebagai peringatan3


May 23, 2010

selamat

kepada izah,

selamat memulakan langkah ke sebuah alam baru :)
Tahniah!!
23 Mei 2010...
-[alam kampus]-


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Nilam Puri
Kelantan

semoga ilmu akan dibaja menjadi buah amal
mutaba'ah amal jaga supaya tetap kuat walaupun dunia menekan





ouh tulip sangat cantik!

May 19, 2010

bismillaahirrahmaanirraheem

rants..

*apa ada pada redha manusia?
cari redha Allah ..

*kadang rasa macam nak baca al-Quran je sepanjang hidup.
tapi mana boleh kan?
T_T

*ikhlaslah wahai da'ie


check mutaba'ah ye..

April 30, 2010

keluaran ke-2.ahaks

[ermm..susah jugak nak jadi orang yg bersastera nih..ku xpandai buat ayat yg berbunga2. eheh.. tp..xsalah kan kalau kita mencuba?? heheh]

inspirasi

Telah ku semaikan mimpi di dalam hatiku
Kau adalah sumber inspirasi
Yang membawaku terbang di alam angan-angan
Alangkah indahnya waktu itu
Namun apakah mampu ku mengulangnya kembali

Ku gagahi melangkah ke alam nyata

Walaupun berat ku merasakannya
Akan tetapi inspirasimu itu tetap menjadi menjadi idolaku
Yang selalu hadir di setiap mimpi-mimpiku

Inspirasi itu adalah.........

Anugerah persahabatan
Persahabatan antara kau dan aku
Takkan pernah lekang oleh waktu
Mengajarku tentang erti sebuah pengorbanan
Untukku selalu berdiri dan berdikari
Keranakau telah pergi meninggalkanku

Namun ku yakin kau akan kembali
Memegang sebuah kejayaan yang diimpikan sejak kecil
Dengan tekadku ka ku raih segalanya
Mengikut jejak langkahmu itu..

*pilihlah kawan yg terbaik untukmu..yg boleh membimbingmu ke arah kebaikan.
dan janganlah sesekali meninggalkan rakanmu yg lain itu..mereka memerlukan bimbingan dan juga perhatian dari kita..
hargai orang di sekelilingmu~

April 20, 2010

cahaya

bismillahirrahmanirrahim..
errrrrr...agak lama saya x m'update blog ini~heeeeeee

syair/sajak??hakhak..xtau la..main tulis jek

ku lihat deburan ombak di pantai
terlihat pulau yang bercahaya
yang memancar menembus kegelapan
alangkah indahnya cahaya itu
namun kini telah meredup dan akhirnya mati

tidak ku putus asa
ku yakin pasti cahaya itulah yang mampu membangkitkan semangatku
untuk ku tetap terus berdiri melayari bahtera ini
bahtera kehidupan yg penuh onak duri
walaupun tertatih tetap ku lalui
segala kesusahan pasti ada kemenangan
dan kemenangan itu adalah sebuah kepastian

tetapi adakalanya kita pasti pernah melupakan Dia
untuk itu kembalilah kepadaNya
kerana hanya kepadaNyalah akhirnya kita kembali
memohon mahabah dan maghfiroh dariNya.

-hasil nukilan hamizah dan rakannya ^_^

March 29, 2010

:)

bismillaahirrahmaanirraheem

buat yang merindui mereka.
afwan gambar dari hand phone je. tak berapa cantik. huhu.

Pak Udi & Syahidul Qunbulaa' (tak tahu spelling betul tak.hu)
Mbak Budi & Muna Mujahidah Rabbani

Mbak Budi & Muna yang comel

Syahid the lil one

bangga melihat wajah suci Muna dan Syahid
membesarlah dengan bahagianya dalam dakapan Islam
* kami sentiasa mendoakan, insyaAllah *

\(^_________^)/

wallahua'lam
tiba-tiba sebak (sob3. adeh)

gambar Syahid da jumpa.
hehe.
kapan bisa kita ketemu ya?
hu.


March 28, 2010

belek

bismillaahirrahmaanirraheem

alhamdulillah sedang final exam.
malam tadi belek-belek semula diari-planner zaman form 4 dan form 5.
and found some refreshing things in there.
one of 'em is this: biarlah amal yang bercakap, bukan mulut yang bercakap tentang amal.
tersengih jela.

wallahua'lam