August 11, 2013

Sapu habuk

Bismillah..


Ditanya seorang cendikiawan,
"Kenapa langit itu bersih?"


Beliau tersenyum lalu menjawab,

"Kerana manusia tidak tinggal di sana."

Allahu..
Salam Syawal.

July 09, 2013

Rama-rama dan...

Bismillah..
::RAMADHAN::


Pintu neraka telah ditutup
Syaitan juga sudah dibelenggu

Sekarang,
Apa lagi yang kau mahukan?

Bersegeralah dalam melakukan kebaikan
Bersegeralah menuju ampunan Tuhanmu!

Jangan beri alasan syaitan sering menggodamu
Kini mereka tiada lagi

Ketahuilah di kala ini
Engkau bakal bertarung dengan NAFSUmu
fufufufu~

Ramadhan kembali menjelma
Moga kita beroleh ketaqwaan ^^

Peace no war.

June 23, 2013

ter-lambat..

Baju berasap.

Eh, kabus?

*batuk-batuk*


  ..    ..     ..     ..


Jerebu.

p/s: sila jaga kesihatan. minum air.

Ibu hamil pasti risau kan. 

June 15, 2013

Campakkan Ketenangan


"Hati kan menjadi tenang hanya dengan mengingati Allah.."
                                                                                                                 (Ar-ra'd: 28)


Wassalam.

June 14, 2013

Lelaki di Kolam Ikan

Bismillah..


Taman Rimbu Ilmu UM

Terlihat seorang lelaki tua di dalam sebuah kolam air ikan
Berdiri lama di situ mencantas dedaun yg sudah rosak
Kemudian dia menegur.. setelah melihat kami kebuntuan seketika

"Nak berenang dalam ni?"

Eheh.

Jalan menghampiri pakcik itu.
Aku: "Pakcik buat ape tuh?"
Pakcik: "Pakcik tengah buang yang rosak2 nih, nanti kne spray ubat pulak supaya xde ulat lagi.."

Penuh berhati-hati dia memilih dedaunan yang rosak untuk dipotong.

Pakcik: "Kamu dah tahun ke-berapa ?"
Aku: "Tahun satu baru pakcik.."


Tiba-tiba dia memulakan bicaranya :

Pakcik bukan nak marah atau membebel.. 
Satu je pakcik nak pesan..
Belajarlah rajin-rajin
Jangan jadi macam pakcik
Kerja macam ni sepanjang hidup

Dulu pakcik dah kerja kat dewan tunku canselor
Selama 20 tahun
Skrg dah tukar ke sini Rimba Ilmu
Dah masuk 9 tahun
Pakcik dah nak pencen
Tak larat dah nak kerja..
(ok, sangat lama kott pakcik nih kerja sbg tukang kebun O.O )

Pakcik tak pernah pukul, rotan anak-anak pakcik
Cumanya pakcik selalu pesan pada mereka
Belajar betul-betul
Nanti senang nak dapat kerja

Sekarang..
Anak pakcik yg pertama dah dapat kerja 
Dulu amek kos multimedia di UITM
Anak kedua pakcik amek perakaunan UITM
Sekarang kerja di Telekom Malaysia
Rata-rata gaji mereka RM4000 ke atas
Alhamdulillah
Kawan-kawan pakcik pon hairan
Tertanya-tanya
Anak-anak diaorang xde macam tu
:)

Lagi satu, jangan lupa telefon mak ayah selalu
Tanyalah keadaan mak ayah
Kadang-kadang mak ayah ni bukan apa
Cuma nak dengar suara anak dia..


.end.


Sambil menasihati kami, sambil memotong bunga2.

"Err pakcik, kesian bunga nih. Cantik lagi.." 

"Ada banyak ulat tuh.. kena potong. Nanti makin banyak pula yg rosak"



Snap.


Pakcik: "Haa ameklah.. Ameklah gambar  bunga tuh." (memahami)  ;)

"Oklah pakcik, kami beredar dulu ye. Terima kasih utk nasihat pakcik. Doakan kami.. "

"InsyaAllah.."

Say NO


Scroll scroll scroll...



Ini lawak.



Krik krik krik~

.masih ada waktu belajar.

June 12, 2013

Erti Sebenar SYUKUR


Satu nikmat aku terima
Alhamdulillah

Moga ia bukanlah mehnah untukku
Pada hari menjelma itu



Pabila diberi nikmat,
Katakanlah:
"Segala puji bagi Allah"



Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)
[Ad-dhuha: 11]

Simbolik kepada kesyukuran, 
Berbuat kebajikan sesama hambaNya

Tapi
Sedikit sekali hambaNya yang bersyukur
kan?


tergolongkah aku di kalangan hambaMu yang bersyukur?
.yang benar-benar mensyukuri.