December 25, 2013

Ini Medan Jihadmu

Ujian,

Di kala fatrah imtihan.

Yakni ujian mujahadah melawan segala nafsu.


Mungkin masa ini,
Tidak perlu kau berjihad korbankan diri ke medan peperangan,
Cukuplah sekadar di atas kerusi,
Bertemankan meja dan alat tulis.

Jihad menuntut ilmu Allah.

Cukuplah di situ,
Untuk diri kamu.



Wajib menumpukan sepenuh perhatian,
Pada nota-nota yang sedang menari-nari,
Menyuruh aku agar membacanya.

Allahumma faqqihna fi ddin. Sekian.

December 03, 2013

Rawak




Lihatlah langit, di situ ada ketenangan
Lihatlah gunung-ganang, di situ ada kekuatan
Lihatlah awan berarak, di situ ada kelembutan

Moga dengan merenungi alam, 
Dapat mengembalikan kita kepada fitrah
Kerana di situ ada keagungan Tuhan!

-makcik anisah-



*penambah perencah*

Lihatlah kehijauan bumi, kau akan temui bahagia
Lihatlah lautan, kau akan temui kedamaian
Pasakkan dadamu sedalam-dalamnya
Kasih sayang dan rahmat-Nya terlalu luas

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau bernafas dengan udaranya

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau hidup dengan rezkiNya


November 27, 2013

Bismillah,

A Woman once asked her mother:
“Mother, how will I ever find the right Man?”

Her mother replied:
“Forget finding the ‘right’ Man, focus on being the right Woman.”


Good women are for good men and good men are for good women.
[Al-Noor 24:26]

November 07, 2013

Menjadi yang Terbaik

Bismillah..

gambar hiasan

Kerna ku tahu, ku ada Mu..

October 28, 2013

Pedih pedih.


Alarm clock.
Alert.

Time's runing out.

Masakan kau tidak menyedari kesuntukan masa?
Macam-macam perkara berlaku
Dan kau masih mendiamkan diri.

Dalam diam kau menanggung seksa
Tiada siapa boleh menolong kecuali diri mu.
Melihat akan mereka
Membuatkan kau tersedar dari lamunan.

Silence is not an option.


Mengintai tirai hati,
Mengintai keampunan.

*celoteh kecil.

September 27, 2013

Life was never easy

Bismillah.

Hari yang cerah,
Alam menyinari.


Terbang setinggi langit,
Mencapai awan nan suci,
Aku melihat dari kejauhan,
Lalu ku berdoa,
Moga kau terus thabat.

Pergimu dengan membawa satu misi,
Satu matlamat.
;)

Usahlah risau,
Saya kuat.

September 23, 2013

La Tahzan

 Bismillah..

Kau sedang berduka,
Aku mahu turut merasainya,
Andai salah satu anggota terluka,
Seluruh badan mengaduh sakit.

Pergilah wahai kesedihan..

Tinggalkan kenangan indah di sini,
 Sampaikan salam rindu padanya, 
Terbang ditiup angin~


Sahabat.