Bismillah,
(15 minit sebelum jam menunjukkan 12.00 am, tahun 2016)
2.0.1.5
Tahun yang bertarung dengan final year project,
sebagai pelajar tahun akhir
tahun yang aku rasakan longlai sedikit di sebahagian aspek
selalu bermonolog di depan sejadah
merintih
menghirup udara nyaman di keheningan pagi
yang seakan-akan menghembuskan semangat
yang paling boleh diconcludekan adalah
tahun ini aku rasakan
dikelilingi oleh manusia dari latar belakang berbeza
begitu menguji kesabaran
kesabaran dalam bersahabat
sabar melayani kerenah
sabar melayani gerak-gerinya
sabar dalam perbuatannya
kerana aku tahu, dia juga seorang manusia
yang punyai khilafnya.
aku juga begitu.
khamis, 11.54 pm
No comments:
Post a Comment