December 31, 2015

End of Two Thousand Fifteen

Bismillah,

(15 minit sebelum jam menunjukkan 12.00 am, tahun 2016)

2.0.1.5

Tahun yang bertarung dengan final year project,
sebagai pelajar tahun akhir

tahun yang aku rasakan longlai sedikit di sebahagian aspek

selalu bermonolog di depan sejadah
merintih
menghirup udara nyaman di keheningan pagi
yang seakan-akan menghembuskan semangat

yang paling boleh diconcludekan adalah

tahun ini aku rasakan
dikelilingi oleh manusia dari latar belakang berbeza
begitu menguji kesabaran

kesabaran dalam bersahabat
sabar melayani kerenah
sabar melayani gerak-gerinya
sabar dalam perbuatannya

kerana aku tahu, dia juga seorang manusia
yang punyai khilafnya.

aku juga begitu.

khamis, 11.54 pm

December 18, 2015

Yang Mengesani Hati

Bismillah,


::Tembok Tidak Berpintu::
main library, um

Kisah Para Librarians

Mahu mengisahkan pengalaman ini

namun begitu, saya rasa belum lagi waktunya
untuk menceritakan

tunggu lah apabila telah selesai segalanya
bilamana akan terbitnya keluaran 'buku'

To be continue..


November 28, 2015

Fa sobrun Jameel..

Bismillah,

"Wahai orang-orang yang beriman,
bersabarlah dan kuatkan kesabaran" [3:200]

Bersabarlah.. dan bersabar lagi..
Dengan kesabaran itu, kamu akan beroleh kejayaan.


Di tengah panasnya matahari sambil menunggu bas. Sangatlah menguji kesabaran bila mana bas tidak muncul-muncul jua..

Namun aku gantikannya dengan bacaan mathurat yang terlupa untuk baca pagi itu.

Ada juga ujian kesabaran dalam pelbagai bentuk.

Sabar dalam memaafkan
Sabar mendengar luahan sahabat
Sabar dalam bertarung dengan diri sendiri

Sama-sama menjadi hamba yang sabar.

November 21, 2015

Bekalan

Menjejaki perjalanan 
dibekalkan makanan
Sehari tidak makan
lemah tubuh badan

Dalam menuntut ilmu juga
Perlunya bekalan 
Bekal iman.

(mula sudah merepeknya~)

November 16, 2015

Qudwah Hasanah

Bismillah,

Perlunya mengambil semangat dari mereka yang semangat
Sekurang-kurangnya percikan semangat terkena pada kau

Kalaupun tak mampu menjadi semangat seperti orang di atas
Sekurang-kurang kau mendapat semangat darinya

Seorang mukmin itu seharusnya mengambil contoh teladan yang baik bukan?

Kalaupun tak mampu menjadi qudwah kepada orang lain,
Ikutilah qudwah yang baik


Surau Akademi Pengajian Islam UM
06.34 p.m

November 03, 2015

Bismillah,

Tak suka mengheboh-hebohkan tarikh lahir sendiri
Apalagi diheboh-hebohkan

Kerana aku sendiri bukanlah orang yang ingat tarikh lahir teman-teman

Senang nak faham kan?