Cuti sekolah sempena raya cina.
Untuk seorang ibu yang bergelar cikgu pastinya sangat gembira bila dapat cuti selama seminggu
Dan bagi saya seminggu itu sudah dikira 'heaven'.
Al maklumlah kita baru habis belajar and sekarang duduk di rumah
Dulu masa belajar kalau balik pon, kadang kadang mak tiada cuti lelama.
Nak spend masa sangat terbatas.
Kali ni pejam celik mata
Ada ibu di rumah
Pejam celik
panggil "ummi ummi"
ada sahutan kembali.
Ceritera bersama seorang ibu sepanjang cuti.
Tidur sesama
Bangun sesama
Makan sesama
Solat,
Puasa,
Baca quran,
Buat kerja rumah,
Masak,
Pergi ke pasar,
Keluar makan sarapan,
Keluar berjalan,
Semuanya bersama-sama
oh dan gelak sama-sama!
Bilamana ada satu part tu yang sangat menggelikan hati
ketawa sampai nak pecah perut. Sakit tulang perut aku ha.
Ini pula time part memasak
Ummi: "Kita masaklah sama-sama. Jimat masa dan tenaga."
Aku: "Ala nanti umi tinggalkan izah masak sensorang.."
Ummi: "Tak. Ummi tak tinggalkan.."
sejuk hati mendengarnya. ahak. Dan bilamana dimasak bersama sorang tukang sediakan bahan dan sorang lagi mengoreng menumis sebagainya.. akhirnya hidangan tersedia makan bersama dengan penuh selera itu sungguh mengasyikkan!
Part berjalan-jalan
Bilamana selepas selesai sarapan dia hendak berkunjung ke nursery bunga
Membeli tanah dan beberapa pokok bunga
Aku juga jadi seronok melihat bunga-bunga yang ada di situ
Ada beberapa pokok bunga yang baru datang
cantik menyerlah berbanding dahulu kala yang pernah aku datang ke situ
Pokok limau. First time tengok. |
Bunga kuning itu orkid hutan. Kalau x silap dengar la |
Lavender purple. indah di tepian jalanan |
Tukang kebun: " bunga ni hanya ada ketika raya cina sahaja". |
Bunga dan pohon mudah melayu andai tidak dijaga baik.
Disiram setiap hari.
diberi baja.
Cantiknya jika akhlak kita secantik bunga itu.
Cuti sudah mengakhiri. Esok dia bakal bertugas semula.
Terima kasih Allah untuk nikmat ini.
Mutiara Rini, JB.
No comments:
Post a Comment