February 06, 2016

Throwback

Bismillah.

Syukur ke hadrat ilahi. Segala puji bagi Allah s.w.t.

Momen-momen degree syariah (fiqh dan usul)

Semasa hendak menghitung hari meninggalkan laman ilmu (UM KL), saya sempat melihat di sekitarnya. Sungguh saya benar-benar bakal meninggalkannya. Sayu..

ingin aku coretkan,
Ketika di tahun terakhir..
di semester terakhir adalah momen yang bagi aku paling mencabar. . Terutamanya kisah exam.


Kisah final year paper project

Dalam orang sibuk berstudy week, aku sedang sibuk menyiapkan last touch up penghantaran thesis penulisan final year project. Waktu itu pula.. kepala bagai mahu pecah kerana bab analisis hukum belum sempurna. Masih terumbang-ambing susunan analisis. Dek kerana mendapat komen yang tidak berapa memberangsangkan daripada supervisor sendiri.

Maka tidak tidur malamlah gamaknya selama dua hari. Fuih.
Alhamdulillah ini hasilnya..
Bertajuk 'Peminjaman Wang Untuk Menjana Keuntungan: Analisis Hukum'.

Kredit to the Volvo. hanzalah sebagai hiasan. Heh


Kisah dewan exam

Kemudian setelah selesai submit thesis f.y.p, ada berbaki dua hari untuk prepare first exam iaitu subjek  siyasah syar'iyyah.

Dewan peperiksaan yang selalu menggerunkan saya. Asal setiap kali exam, dewan itulah yang dibayangi. Sepertinya kita sedang berperang sendirian di dalam dewan itu. Hanya ada kita dan Tuhan.

Hanya kita dan Tuhan.

Di situlah bermakna erti tawakkal.
Di situlah segala usaha dan buah fikiran terlontar ke atas kepingan kertas.
Di situlah teruji kefahaman ilmu.

Di sebalik kisah menghadapi detik-detik peperiksaan inilah aku temukan tawakkal.

sebenarnya banyak subjek yang belum direvisekan. Sehingga aku benar-benar buntu bagaimana nak buat.

Ditambah dengan tiga subjek arab yang aku kira agak susah. well semua subjek arab susab kott.
Gagahkan diri mencari mood study yang baik.
Pergi ke library. Study pula di masjid indah belakang rumah. Merantau ke bilik rakan. Musafir ke rumah sahabat.

Hingga suatu masa itu aku bagai putus harapan. Bagaimana ini. "Mampukah aku?"

Subjek ini killer. Boleh mati kutu sebab tak faham satu hapak. Soalan ustaz pula bukan calang-calang soalan. Setiap tahun berubah-ubah.

Seorang ukhti memberi kekuatan.
"Istighfar dan baca surah 3 Qul banyak-banyak. Fikrah dari surah an-Nas tu. Nampak sahaja surah paling pendek di favourite seluruh makhluk dalam solat tapi benda itulah yang paling hardcore."

Saya mencari lagi sumber kekuatan. Selak al-quran di muka paling hadapan. Si adik manis pernah menampal post-it-note di situ. Tercatat ayat : 

Kekuatan hubungan dengan Allah dan keimanan yang kukuh adalah BEKAL WAJIB yang dimiliki seorang Muslim dalam mencorak karya hidup ini untuk Tuhannya. Kekuatan ini sehingga mengajarnya bagaimana hidup bersama Allah dalam keheningan munajat, bagaimana mengadukan kepadaNya segala isi hati dan perasaannya, semua harapan dan penderitaan yang dialaminya. Juga memohon dilimpahkan petunjuk dan taufiqNya, pertolongan dan bimbinganNya serta keredhaanNya" 
(dalam sebuah buku nukilan Mustafa Masyhur)

Kadang-kadang hatta sekecil kecil nota untuk seseorang sangat berguna ya! :')

My study partner

Wahai dikau
Ingatkah engkau?
Di tahun dua, aku mula belajar sebilik denganmu
Tidur bangun, tidur bangun, tidur bangun tengah malam
menghafal fiqh keluarga, qawaid tafsir, fiqh muamalat. 
Hew. Time pembentangan fiqh ibadat & dirasah nassiyyah jangan buat buat lupa pula. Hihi.

Waktu itu merasakan seronok study dengan kawan
Selama ini mengulangkaji mahupun menghafal seorangan. 
Namun dengan adanya rakan itu
Ternyata lebih bersemangat. Kefahaman juga semakin mendalam.
Orangnya sempoi belajar. Relaks. Tak stress stress.  Oh dan  jiwanya bersih insyaAllah. Senang sahaja dia memahami pelajaran. 
:)

Pergi ke dewan exam sama-sama. Duduk sebelah-sebelah. Ambil meja di bahagian belakang sekali. 
Bukan ape. Kerana kami selesa berada di belakang. Tenang. 
Masa menjawab kertas peperiksaan tak terpandang orang sebelah. Habis sahaja dari exam, barulah tanya "macamane? jawab soalan no berapa?" Haha. Mulalah menunjukkan riak muka seperti "ntah apa-apa je aku jawab tadi". 

Terima kasih sebab sudi belajar dengan saya. Ajar saya ^^

Uhubbuki ♡

Mutiara Rini, JB.

No comments: