February 18, 2016

Throwback #2

Detik menyelesaikan latihan ilmiah saya

Ada ketika bila otak sudah tepu tak berdaya untuk fikir
Sedangkan waktu itu masa sudah mahu kehabisan

Tercari-cari
Apa yang harus aku tulis lagi
Mencukupkan sekurang-kurangnya 75 halaman
Bukan senang nak menulis
Setiap bab perlu ada kaitan antara satu sama lain
Yang akhirnya berbalik kepada permasalahan & objektif kajian

Perpustakaan seakan-akan sudah menjadi rumah kedua
Siang ke kuliah. Petang melepak di library hingga ke malam.
Esoknya ke kuliah seperti biasa
Begitulah kehidupan seorang aku; pelajar tahun akhir.

UM di tengah kota
Tiada lokasi yang menjadi tempat kegemaran
Yang ada hanyalah bangunan tinggi
serta kenderaan empat roda di jalanan

Perpustakaanlah yang menjadi tempat ketenangan
Itulah tempat lokasi jika aku ingin sendirian
Buku-buku pelbagai boleh capai
puisi, membaca sekilas lalu namun isinya padu
Aku kembali menulis

Detik berlalu
masih buntu mencari idea
mahu menulis apa lagi nih
Bungkam. Lama kelamaan menutup mata.

Aneh
memang aneh
Ilham datang melalui mimpi.
Bukan sekali. tapi berkali-kali juga..
Alhamdulillah,
bangun saja dari tidur,
lega rasanya lewat mendapat gambaran dari mimpi
Mungkin kerana terlalu memikirkan hingga termasuk ke lubang tidur
hehe

Cerita tentang library UM penuh suka duka
ada tawa, juga air mata!
wahai para pustakawan
Sungguh kalian telah mencipta satu kenangan pada diri aku.
Kan sudah ku katakan library adalah rumah keduaku
Tidak hairanlah jika ia membuahkan memori (baik atau buruk)
ah macam-macam berlaku..


Pemandangan perpustakaan utama UM daripada tree house

No comments: