April 30, 2010

keluaran ke-2.ahaks

[ermm..susah jugak nak jadi orang yg bersastera nih..ku xpandai buat ayat yg berbunga2. eheh.. tp..xsalah kan kalau kita mencuba?? heheh]

inspirasi

Telah ku semaikan mimpi di dalam hatiku
Kau adalah sumber inspirasi
Yang membawaku terbang di alam angan-angan
Alangkah indahnya waktu itu
Namun apakah mampu ku mengulangnya kembali

Ku gagahi melangkah ke alam nyata

Walaupun berat ku merasakannya
Akan tetapi inspirasimu itu tetap menjadi menjadi idolaku
Yang selalu hadir di setiap mimpi-mimpiku

Inspirasi itu adalah.........

Anugerah persahabatan
Persahabatan antara kau dan aku
Takkan pernah lekang oleh waktu
Mengajarku tentang erti sebuah pengorbanan
Untukku selalu berdiri dan berdikari
Keranakau telah pergi meninggalkanku

Namun ku yakin kau akan kembali
Memegang sebuah kejayaan yang diimpikan sejak kecil
Dengan tekadku ka ku raih segalanya
Mengikut jejak langkahmu itu..

*pilihlah kawan yg terbaik untukmu..yg boleh membimbingmu ke arah kebaikan.
dan janganlah sesekali meninggalkan rakanmu yg lain itu..mereka memerlukan bimbingan dan juga perhatian dari kita..
hargai orang di sekelilingmu~

April 20, 2010

cahaya

bismillahirrahmanirrahim..
errrrrr...agak lama saya x m'update blog ini~heeeeeee

syair/sajak??hakhak..xtau la..main tulis jek

ku lihat deburan ombak di pantai
terlihat pulau yang bercahaya
yang memancar menembus kegelapan
alangkah indahnya cahaya itu
namun kini telah meredup dan akhirnya mati

tidak ku putus asa
ku yakin pasti cahaya itulah yang mampu membangkitkan semangatku
untuk ku tetap terus berdiri melayari bahtera ini
bahtera kehidupan yg penuh onak duri
walaupun tertatih tetap ku lalui
segala kesusahan pasti ada kemenangan
dan kemenangan itu adalah sebuah kepastian

tetapi adakalanya kita pasti pernah melupakan Dia
untuk itu kembalilah kepadaNya
kerana hanya kepadaNyalah akhirnya kita kembali
memohon mahabah dan maghfiroh dariNya.

-hasil nukilan hamizah dan rakannya ^_^