April 29, 2014

Cabaran dalam Memahami

Bismillah..

Mengadap assignment muamalat semasa sejak dari cuti mid sem,
Boleh buat aku muntah.
Semester lepas fiqh muamalat, semester ini muamalat semasa.
Dari teori ke praktikal
Daripada maksud wang, manfaat, akad jual beli, pemilikan harta kepada apa itu riba, sukuk, wakalah, hiwalah, wadiah, BNM, Sekuriti.

Berada di alam lain
Aku sedang belajar apa ni? "Ekonomi atau Muamalat?"
Seperti kedua-dua nya

Dunia muamalat yang sering mengalami proses kepesatan kewangan
Harus peka dengan keadaan semasa
Ada saja inisiatif baru yang ingin dikeluarkan untuk kemudahan ramai

Yang penting ia patuh syariah.

April 05, 2014

Lakarkan jiwamu di atas kertas

Bismillah.


Waktu itu
Ah, sukanya aku.

Mengimbau diari perjalanan.

Andai saja,
Kita bisa mengingat setiap detik tersebut

Ada manisnya
Ada juga pahitnya

Pengalaman mematangkan
Walau ia menyakitkan

Sama-sama kita rasai
Nikmat kelazatannya

Ramai orang terlupa
Mereka lebih banyak mengeluh 
daripada mengucap syukur
Seolah-olah tiada Ar-Rahman 

Terus jalan
Ingat tujuan

.refleksi.