April 29, 2014

Cabaran dalam Memahami

Bismillah..

Mengadap assignment muamalat semasa sejak dari cuti mid sem,
Boleh buat aku muntah.
Semester lepas fiqh muamalat, semester ini muamalat semasa.
Dari teori ke praktikal
Daripada maksud wang, manfaat, akad jual beli, pemilikan harta kepada apa itu riba, sukuk, wakalah, hiwalah, wadiah, BNM, Sekuriti.

Berada di alam lain
Aku sedang belajar apa ni? "Ekonomi atau Muamalat?"
Seperti kedua-dua nya

Dunia muamalat yang sering mengalami proses kepesatan kewangan
Harus peka dengan keadaan semasa
Ada saja inisiatif baru yang ingin dikeluarkan untuk kemudahan ramai

Yang penting ia patuh syariah.

No comments: