June 30, 2015

Ramadhan #13: Qudwah Hasanah

Bismillah..

Ada sesuatu yang baru
Yang ingin diterokai

Mendapat ilham dari seseorang
Melalui alam maya

Ingin jadi sepertinya

Meski tidak mengenali
Namun mengenali melalui penulisannya

Inspirasi.

Pernah ku temui beliau tika lepasan SPM
Ziarah tokoh dan beberapa tempat pengajian

Masa itu,
Beliau bergegas ke tempat kerja mungkin
Dalam kesibukan,
Sempat juga  meluangkan masa bergambar dengan kami
Budak-budak hingusan.

Entah mengapa
Aku masih ingat raut wajahnya
hingga kini.

Kemudian follow beliau di fb
Betapa berjiwa pemuda
Menyantuni golongan muda

Orangnya berseni
Seni dalam mencorak manusiawi

Mahu ku kutip corak itu
Mewarna dengan warna pelangi
Mungkinkah akan terukir cahaya
yang sudah lama suram..

Role model sebagai pembakar semangat!

June 22, 2015

Ramadhan #5: Syair Arab

Bismillah,

Sempena ramadhan, ingin aku petik kata-kata indah.
Khusus buat para pembaca berlari berkejaran mendapatkan ampunan dariNya.

 Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah mewahyukan kepada Daud a.s, "Wahai Daud, berikanlah khabar gembira kepada para pendosa dan sampaikanlah peringatan kepada kaum siddiqin (para pembenar)". Nabi Daud hairan lalu bertanya, "Wahai Tuhan, bagaimanakah aku akan memberikan khabar gembira kepada para pendosa dan peringatan kepada kaum siddiqin?". Allah berfirman, "Wahai Daud, berikanlah khabar gembira kepada para pendosa bahawa tidak ada dosa yang tidak akan Ku ampuni dan sampaikanlah peringatan kepada kaum siddiqin agar jangan berasa bangga dengan amal mereka. Bila Aku menghukum seseorang, ia pasti binasa. Wahai Daud, jika engkau mengakui cinta kepadaKu dan cinta kepada dunia tidak mungkin berkumpul dalam satu hati. Wahai Daud, barangsiapa mencintaiKu, nescaya ia bertahajud di hadapanKu ketika orang lain tidur, berzikir kepadaKu di kala orang lain lalai serta bersyukur atas nikmatKu saat orang lain leka."

Berbahagialah insan yang pada waktu malam kedua-dua matanya terjaga
Ia lalui malam dengan gelisah kerana cinta kepada TuhanNya
 Ia bangun sendirian menatap bintang kerana rindu kepadaNya sambil mata Allah memandang dirinya dengan penuh mesra

Untuk sang pemuda,
Ku sambut engkau wahai hambaKu, dan Ku lindungi dirimu
Telah Ku terima semua ucapanmu
Suaramu dirindukan oleh para malaikatKu
Kami telah mendengarnya dan cukuplah itu bagimu
Walau angin berhembus dari pelbagai arah ia selalu menyangkur di hadapanKu
Itulah hambaKu yang berjalan dalam hijabKu
Saat ini telah Kami ampuni dosa-dosamu 


Ibnu al-Jawzi,
Air Mata Cinta Pembersih Dosa

June 19, 2015

Ramadhan #2: Dia melihat

Bismillah,



Sedang solat
Kamera di belakang berbunyi
Snap.

Tuan punya kamera juga
Tidak ketinggalan solat bersama.

Sepertimana amal kita
dicatit para malaikat
Kiri kanan,
Tak sedari
Ikhlas atau riak.

Malam ke-tiga
Kali ini datang berteman. ^^





June 18, 2015

Ramadhan #1: Iftor di Cabai

Bismillah,


Temu janji dengan mereka di midvalley
Haru.

Semoga sentiasa
dalam dakapan bahagia.



Muka kekenyangan tak boleh tahan
Heh.
Terima kasih untuk ini,
Sis and bro in-law.


Sempat berkejar ke ar-rahah
Terkini..,
Jemaah semakin ramai
Alhamdulillah


June 17, 2015

Ramadhan: Tarawih Pertama


Masjid ar-rahah di belakang rumah sewa

Bismillah,
Tekadkan azam
Meniti jalan keseorangan
Menuju ke bangunan berkubah itu

Aku mahu hadirkan rasa 
Di ramadhan pertama
 tarawih bersama
di masjid pilihan

Untung hari esok tiada paper

Masjid yang menarik perhatian
Lif, dewan, penghawa dingin, bersih, luas
Selesa dan menenangkan


Meski sedang berperang di dewan peperiksaan
Ibadah bukanlah nombor dua
Malah sepatutnya yang terutama sekali

Tidak semua orang boleh merasa
Menduduki exam di bulan mulia ini
Hanya mereka yang terpilih sahaja
Diuji pada dua perkara

Moga exam tidak mematikan niat 
untuk kaki ini menjejak masjid ini 
Esok dan seterusnya

Jadikan ramadhan ini penjara buatku
Mengajarku kebaikan tidak berbelah bagi
dengan memberi, bukan menerima

Aku ingin sekali menggarap keberkahan
Mengharap keampunan, 
yang ada padamu, Ramadhan.


Bayt Firdaus, Kuala Lumpur.