June 22, 2015

Ramadhan #5: Syair Arab

Bismillah,

Sempena ramadhan, ingin aku petik kata-kata indah.
Khusus buat para pembaca berlari berkejaran mendapatkan ampunan dariNya.

 Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah mewahyukan kepada Daud a.s, "Wahai Daud, berikanlah khabar gembira kepada para pendosa dan sampaikanlah peringatan kepada kaum siddiqin (para pembenar)". Nabi Daud hairan lalu bertanya, "Wahai Tuhan, bagaimanakah aku akan memberikan khabar gembira kepada para pendosa dan peringatan kepada kaum siddiqin?". Allah berfirman, "Wahai Daud, berikanlah khabar gembira kepada para pendosa bahawa tidak ada dosa yang tidak akan Ku ampuni dan sampaikanlah peringatan kepada kaum siddiqin agar jangan berasa bangga dengan amal mereka. Bila Aku menghukum seseorang, ia pasti binasa. Wahai Daud, jika engkau mengakui cinta kepadaKu dan cinta kepada dunia tidak mungkin berkumpul dalam satu hati. Wahai Daud, barangsiapa mencintaiKu, nescaya ia bertahajud di hadapanKu ketika orang lain tidur, berzikir kepadaKu di kala orang lain lalai serta bersyukur atas nikmatKu saat orang lain leka."

Berbahagialah insan yang pada waktu malam kedua-dua matanya terjaga
Ia lalui malam dengan gelisah kerana cinta kepada TuhanNya
 Ia bangun sendirian menatap bintang kerana rindu kepadaNya sambil mata Allah memandang dirinya dengan penuh mesra

Untuk sang pemuda,
Ku sambut engkau wahai hambaKu, dan Ku lindungi dirimu
Telah Ku terima semua ucapanmu
Suaramu dirindukan oleh para malaikatKu
Kami telah mendengarnya dan cukuplah itu bagimu
Walau angin berhembus dari pelbagai arah ia selalu menyangkur di hadapanKu
Itulah hambaKu yang berjalan dalam hijabKu
Saat ini telah Kami ampuni dosa-dosamu 


Ibnu al-Jawzi,
Air Mata Cinta Pembersih Dosa

No comments: