July 02, 2010

pagi jumaat

bismillaah
ouh semoga ini bukan diari. heh.

ketika ke pasar bersama Ummi,
Ummi: Atih suka ikan keli. Ummi goreng je pun dia suka.
aku: . . . . . .
dan kami berdua jalan sepanjang pasar semata-mata mencari ikan keli.
Ummi: ha tu ikan sembilang (sambil jalan lagi nak cari ikan keli jugak)
aku (yg tak reti beza keli dan sembilang): beli jela Ummi, bukan beza pun. hehe.
jalan lagi kot kot ada ikan keli
Ummi: kita beli kerang nak? eh Atih suka ketam. awak nak kerang? kerang rebus je.
aku: erhh ketam dengan kerang mana lagi murah? (dekut sikit.heh)
Ummi: ketam lagi mahal la.
aku: beli kerang lah.
Ummi: tapi kerang tak sihat. dia cuci air laut.
aku: . . . . .

masa tunggu ikan sembilang disiang,
Ummi: nanti Izah balik, Ummi kena masak banyak la. Izah asek kate dia lapar je kat sana. balik rumah nanti mesti dia nak makan.
aku: haha! (terbayang lauk-pauk utk Izah)

lalu kami beli ikan sembilang dan ketam. Ummi kate rebus je ketam tu bila balik rumah.

Izah, gembirala kau eh tahu Ummi cakap cemtu. huh~ haha.
nanti tolong Ummi masak. jangan reti makan je. ingat!

seorang Ummi, sentiasa dahulukan anak-anak daripada diri dia sendiri.
Ummi kalau balik sekolah, jarang tangan kosong. mesti ada je something utk kitorang. walaupun kecik. semalam pizza, kelmarin cookie kecik bentuk kasut tumit tinggi.
Ummi kata Ummi takde saham pun dalam mendidik anak-anak dia. banyak Ayah yang didik.
tapi bagi aku, selagi namanya Ummi, dialah segalanya. Ummi pendidik pertama dan selama-lamanya utk kami.

untuk Izah n Along, sila jangan nanges ye. haha.

nota:
* Izah iAllah akan balik dari Kelantan 17 Julai ni.

ikan sembilang

ikan keli


ops belum rebus ketam..!
T_T