March 07, 2016

Jagalah aib saudaramu


Aku lihat media sosial terutamanya FB telah menjadi laman mengaibkan manusia.

Misalnya, kesalahan pemandu bas memarahi penumpang telah diviralkan hingga menyebut nama syarikat bas tersebut. (Ini sedikit sebanyak mencalarkan nama syarikat itu sedangkan kesalahan itu berpunca drpd sikap pemandu itu). Ataupun kesalahan seseorang telah dimalukan di khalayak dengan mengambil gambar beliau yang agak mengaibkan sekaligus menjadi bahan ejekan. Hanya kerana satu kesalahan.

Ada adabnya sekalipun TERINGIN membuka aib seseorang. Antaranya:
- Saat di muka pengadilan hakim, saksi boleh membuka aib terdakwa untuk menyatakan kebenaran.
- Dibolehkan jika ianya membahayakan agama dan negara demi kemaslahatan.
- Boleh menceritakan keburukan orang kepada pihak yang dipercayai boleh menyelesaikan persoalan.
- Membuka aib untuk dijadikan iktibar bg semua, maka ia dibolehkan.

Jikalau pemimpin berbuat kesalahan, lebih baik kita mendoakan. Kasihan.. dia juga punya hati dan perasaan. Makin dimalukan, makinlah ia membenci. Semua manusia tak lari daripada berbuat kesalahan/kesilapan.

Menjaga maruah; ada beza antara borak sesaje dengan borak berisi.
Jagalah aib seorang muslim, Allah akan menjaga aibmu.

Wallahu a'lam.

March 06, 2016

Seribu Pilihan

Masa yang terbuang
meski pilihan terbuka luas
dia masih berdiam diri

Kan sudah diingatkan
usah berfikir terlalu lama
usah lama berbuat keputusan
benarlah mereka lebih memahami sikapnya

Mengeluh dan mengeluh
penuh  alasan

apa yang ditunggu
seolah-olah nikmat datang bergolek
usaha. serah diri.

Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Mutiara Rini, JB.