December 14, 2010

superheroes

Bismillaahirrahmaanirraheem

This piece of inspiring writing was cp-ed from here. Moga bermanfaat. Moga mendatangkan pahala buat pembaca. Dan dilipatgandakan untuk penulisnya pula. Wallahua'lam.


No Matter What I Do………

No Matter How Hard I Try…..

Semacam inilah bisikan hati baginda Nabi. Setelah ditentang hebat di Mekah, ditolak pula mentah-mentah di Thaif. Hinggakan keluarlah dari mulutnya yang mulia sebuah doa. Yang hingga kini tiap kali doa itu dibaca, perasaan jadi pilu. Hati jadi hiba. Mata jadi pedih. Jiwa jadi bergelora. Beberapa ungkapan kalimat manusia semulia ini, cukup menggoncangkan perasaan sesiapa saja, kerana bisa menyedarkan kita apa yang perlu dilalui oleh susuk semulia ini, demi kerana cintanya pada agama, demi kerana cintanya kepada kita. “Ya ALLAH, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kesanggupanku, dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia…..”

Hollywood kini umpama dirasuk fobia. Bersusulan saja penyakit mereka. Mula ada yang namanya Superman. Menyusul kemudian yang namanya Batman. Ada pula yang namanya Hulk. Apa kurang yang namanya Punisher. Hangat diperkatakan kini yang namanya Spider. Khabarnya bakal menyusul pula Fantastic Four. Satu demi satu, seorang demi seorang, hero karangan fantasi mereka di’hidup’kan buat tatapan masyarakat, sebagai memberikan sebuah harapan, agar mudah-mudahan manusia akan menerima kedamaian. Tetapi kita meyakini, dan sentiasa harus meyakini, “We believe there’s a hero inside all of us….” Dan itulah yang kita cari.


Kita mengharapkan bahawa setiap dari kita sedar, bahawa semua kita mempunyai potensi menjadi “hero”. Dengan kebolehan masing-masing. Dengan potensi masing-masing. Dan inilah yang telah ditonjolkan oleh para sahabat. Ada yang namanya Abu Bakar, dengan “super power”nya hingga mengalahkan neraca iman kita semua. Ada yang namanya Umar, dengan kuasa kepahlawanannya yang luar biasa, hingga “Iblis Octiphus” melarikan diri dari lorong yang dilaluinya. Ada juga yang namanya Abu Dzar. Yang walaupun dalam sebuah hadith dinyatakan kecacatan anak kelahiran Ghifar ini hingga tak melayakkannya menjadi pemimpin, tetapi dengan tarbiyah yang begitu singkat, bahkan ia pantas menjadi seorang hero, hingga Islamlah “Pirates of the Caribbean” dari kalangan suku Ghifar. Ada pula yang namanya Khalid. Sungguhpun kafaah syariahnya barangkali kurang, hingga dikritik hebat tatkala menjadi imam, tetapi siapa yang dapat menafikan kehebatannya bermain pedang dan menguasai perang?? Lalu betapa banyak para sahabat, yang sungguhpun mempunyai kekurangan, yang sungguhpun mempunyai kelemahan, tetapi mereka mampu mengoptimakan potensi mereka, hanya kerana kesedaran yang mudah. Bahawa dalam diri mereka juga ada hero yang tersembunyi. Yang harus dibebaskan. Yang perlu ditonjolkan.

Dan hero yang diperlukan oleh masyarakat bukanlah sang perwira yang bertopeng, mahupun sang pahlawan dengan kuasa-kuasa mustahil, tetapi hero yang diperlukan ialah mereka-mereka yang menyedari bahawa sebaik-baik hero ialah “..yang menyeru kepada ALLAH, beramal soleh dan menyatakan bahawa sesungguhnya aku seorang Muslim!!” (Q.S al-Fusilat [41]:33).Lantaran itu Imam al-Banna menjawab pertanyaan seorang wartawan yang bertanya tentang gambaran dirinya, seraya menyatakan bahawa ia seorang “petualang”. Tetapi, petualang ini –yang bernama Hassan al-Banna- adalah petualang yang mencari kebenaran. Bahawa petualang ini, menyedari hakikat dirinya. Solatnya ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Ibadahnya tak pernah tertumpah melainkan ke takungan berisi lautan ihsan dan mahabbatuLLAH yang suci. Hidupnya juga semata-mata kerana ALLAH, hinggakan kehidupannya itu adalah berorientasikan kisah seorang hero, yang sentiasa melakukan penyelamatan. Tetapi dalam hal ini, cuba menyelamatkan agamanya daripada dimusnahkan, daripada dihinakan, daripada diperlecehkan. Lantaran cereka hidupnya ini adalah didasarkan hal itu, ia terpaksa melakukan pengorbanan. Biar yang namanya wang harta. Biar maharnya semahal jiwa. Biar celaan yang diperolehinya. Walaupun siksaan yang bakal menantinya. Tetapi itulah sunnah orang yang berjuang, hero yang menjadi harapan orang. “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S al-Baqarah [2]:155)

Sampai bila hidupnya menjadi pejuang? Hingga ALLAH berkenan menjadikan penghujung drama kehidupannya, dengan memperoleh kemenangan yang abadi. Ia tamatkan “watak”nya dengan semulia-mulia penamatan. Dan kemuliaan apa lagi yang bisa kita harapkan?? Lantaran itu Imam al-Banna menegaskan; “inilah aku!!”, lalu bertanya pula kepada kita, siapa kita???

Hero mukmin sejati tidak banyak beralasan, lantaran menyedari“..ALLAH tak akan membebani kita dengan sesuatu yang diluar kesanggupan kita…” Maka siapa pun dia, lantaran jiwa-jiwa sang pahlawan ada dalam dirinya, pantas ia melakukan pengorbanan-pengorbanan ini. Betapa sibuk pun ia. Walau dunia datang menggoda. Biar godaan datang menghalang.

Semua kita merupakan hero. Biar betapa dahsyatnya “villain” kita. Tetapi penghujung cerekanya, tetap milik kita. Lantas kisah suka duka baginda Rasul, ALLAH tutup dengan suatu keputusan, seperti yang digambarkan oleh al-Quran; “Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan ALLAH, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki…” (Q.S Yusuf [12]:110)

*Artikel ini disebar luaskan pada tahun 2005

December 08, 2010

sahabat perjuangan

bismillah..

Pertemuan kita kali ini,
bukan sekadar kawan lama x jumpa,
tp kita bertemu ada satu makna,
kita punya satu perjuangan.

Andai ada kasih antara kita,
kita kembalikan kepada Yang Esa,
agar ia suci,tulus dan ikhlas,
kita punya satu perjuangan.

Sambutlah tangan sahabat saudaramu..
pimpinlah ia melangkah bersama..
satukan hati kita ,
teguhkan ia,
berdiri bersama untuk kebenaran.

Perjuangan itu ertinya berkorban..
berkorban itu ertinya terkorban..
janganlah gentar utk berjuang..
demi agama dan bangsa..
Inilah jalan kita..
-sahabat perjuangan
- tazakka

(apa beza di antara kawan,teman,rakan,sahabat?)

>ia akn mendoakan kesejahteraan sahabatnya itu
>tidak merungut,mengungkit mengenai persahabatan itu. semuanya atas dasar lillahi ta'ala
>saling memahami hati-hati mereka
>kepercayaan yg kukuh,bersangka baik..
>sabar..
>mengajak kepada kebaikan,,ketakwaan kpd Allah
-ini yang telah aku pelajari selama menuntut di asasi~

sudah layakkah aku digelar seorang sahabat?
sebolehnya,aku mahu menjadi 'sahabat' untuk kamu semua..
namun sememangnya ia payah.
ya Allah..tautkanlah hati-hati kami di jalanMu..

wassalam..