October 24, 2012

Money $_$

Bismillah..

Semua orang sibuk uruskan hal kewangan mereka di Universiti untuk semester 1.
PTPTN, Biasiswa, Zakat, Yayasan..

Sekarang ini musim orang sebut-sebut pasal isu JPA.
Biasiswa itu ini.
Hati pedih bila memikirkan JPA.
Rupanya ramai juga kawan-kawan aku yang tak dapat JPA. Walaupun pointer mereka amatlah GEMPAK! 
Tapi ada juga beberapa kawan aku yang dapat. Takpe. Aku pasrah. 
Mungkin itu rezeki mereka.
Bukan rezeki aku. 
Apapun.. Aku kena berusaha juga!
Ummi selalu mengingatkan.. "Belajar sungguh-sungguh, biar dapat keputusan tinggi. Kalau nak apply mana-mana biasiswa insyaALLAH mudah je nak dapat."

Aduh aduh, beratnya memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Tugasnya adalah menuntut ilmu.

"Menuntut ilmu hukumnya apa ye murid-murid??"
" Fardhu ain cikgu.. "

"Fardhu ain itu ape?"
"Wajib untuk semua orang cikgu..."
*haha takde keje* 

Ok. Apa yang saya nak cakap sebenarnya nih?
Anda nampak x gambar di atas tuh?
Jikalau anda sedang berada dalam kesempitan, merayu lah pada ALLAH yang Maha memberi rezeki.
Ar-razzak.. Tamat.

Sedikit perkongsian yang aku belajar dalam subjek Hukum Islam dan Masyarakat.
Ilmu lebih berharga daripada harta :
# Ilmu mampu menjaga pemiliknya, sedangkan harta harus dijaga oleh pemiliknya.
# Ilmu dapat meramaikan kawan, sedangkan harta hanya meramaikan lawan.
# Kuantiti : ilmu-semakin hari semakin meningkat, sedangkan harta semakin hari semakin berkurangan.
# Ilmu dapat memberi syafaat kepada pemilik di alam kubur dan akhirat, sedangkan harta hanya akan memusnahkan si pemilik kelak.

Sekian.

October 17, 2012

Be Kind to Others

Bismillah..

A quote :

Treat everyone with kindness, even those who are rude to you- 
                              not because they are nice, but because you are.

#The question is- Are we?




Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has said this once:

"Allah will help a person as he help his brother." (Muslim)


October 03, 2012

Bahasa Arab Bahasa Sorga

Bismillah,

Ayatnya berbunyi begini..
Mereka berkata: "Alangkah miskinnya sesiapa yang tidak mengetahui bahasa Inggeris. Sesungguhnya akan sukar baginya untuk memahami bahasa percakapan manusia." 
Aku berkata: "Alangkah miskinnya kepada sesiapa yang tidak mengetahui bahasa Arab. Sesungguhnya sukar baginya untuk memahami bahasa Tuhan kepada manusia! " 
(sila betulkan jika ada kesilapan dalam menterjemah ini) :)

Tiba-tiba rasa macam nak ada kawan arab.
Boleh speaking arab.
Dan english juga.
Walaupun mungkin tunggang-langgang ayatnya.

*Ini semua gara-gara lelaki Palestin itu*
kahkah.

Perempuan dari Palestin tak ada kat sini ke? O.o