Bismillahirahmaniraheem,
Aku fikir begini
Kau fikir begitu
Jawapannya tidak ketemu.
Tolong,
Hentikan segala.
Perlian
Sindiran
Tohmahan
Sangkalan
Kata-kata itu
Kurang enak didengari
Kita memang hidup saling menasihati,
Tapi tolong, guna cara berhikmah
Tak kisah kau di pihak mana.
Jaga kata-katamu,
Zaman ini manusia mudah terasa
Bukan sahaja secara lisan
Malah melalui tulisan
Aku kira
Lebih ramai akan terasa dengan tulisan
 |
Agama itu nasihat. Aman. |