February 28, 2015

Syukur
Bukan hanya pada lidah

Di setiap langkah
yang kau atur perjalanan

Jalan
dengan yakin

Apapun terjadi
senyum

Allah di sampingmu

February 05, 2015

Penawar jiwa kacau

Bismillahirrahmanirraheem.

Tika gelisah

Sebanyak mana pun kau pm (personal message) orang ramai
untuk dapatkan perhatian daripada mereka
Sekuat mana pun kau pasang lagu feveret kau satu rumah boleh dengar
Selama mana pun kau tengok cerita drama korea beratus-ratus episod sampai tak tidur malam

Semata-mata memuaskan kehendak nafsu
It's no use

Lebih baik engkau berbicara sama tuhan

Tidak semua perlu luah pada manusia
Katakan yang baik-baik sahaja atau;
diam adalah lebih baik bagimu.

February 02, 2015

Silap Percaturan

Bismillahirrahmanirraheem.


Rekaan falsafah aku

Aku pasti kamu tentu arif tentang permainan chess,
King, queen, castle, knight, bishop & pawn.

Bagi aku,
Yang paling banyak berkorban dan TERkorban itu adalah pawn,
Aku gelarnya askar
Sanggup berkorban mempertahan ahli lain.

Tidak kurang juga,
Mereka yang lain memainkan peranannya,
Mara ke hadapan malah mengerah seluruh tenaga.

Namun,
Jikalau arahan tidak sampai sebaiknya kepada mereka, 
Kucar-kacirlah kesemua,
Bergerak mengikut kehendak sendiri.

Bagaimana di bawah mampu capai kemenangan,
Sementara yang di atas masih belum kukuh dipersiapsiaga?

Checkmate.