November 20, 2012

Selamat Tahun Baru!

Bismillahirrahmaniraheem..

::01/01/1434::

Huh? Selamat tahun baru?
*muka pelik*
Gelabah.
Tahun Baru Hijrah [Kalender Islam]

Salam ma'al hijrah!

Bulan-bulan dalam Islam :
1)Muharram
2)Safar
3)Rabi'ul Awal
4)Rabi'ul Akhir
5)Jamadil awal
6)Jamadil akhir
7)Rejab
8)Sya'ban
9)Ramadhan
10)Syawal
11)Zulkaedah
12)Zulhijjah
1 Tahun = 12 Bulan.

Dah memasuki 06/01/1434H
Koreksi diri 
Pada bulan-bulan yg telah lalu. Apa yang kita telah lakukan..?
Adakah kebaikan melebihi keburukan
Atau keburukan lebih banyak dari kebaikan?

Buka lembaran baru di tahun baru ini
Bak kata kawan : "Mulakan Hidup Baru!" :D

Seperti biasa, soalan yg akan ditanya apabila tibanya tahun baru.. 
Apa azam tahun baru ?
Apa perubahan kamu kali ini??
Ibadahnya, akhlaknya, tutur katanya, dan hidupnya.

Sungguh,
Perubahan itu memang susah,
Perubahan itu memang payah,
Perubahan dalam menuju Allah
Di hujungnya kebaikan, insyaAllah..

November 19, 2012

Freedom Palestine

Assalamualaikum..
Lamanya x sapu habuk-habuk kat sini..

#Pray4Gaza .
Peace! ^.^v

Sentiasa membaca doa ini dalam setiap solat kita~

Kuatlah wahai anda di sana,
Syurga sedang menanti kehadiranmu.


Boikot barangan israel..
-CocaCola- McDonald- Nestle-

October 24, 2012

Money $_$

Bismillah..

Semua orang sibuk uruskan hal kewangan mereka di Universiti untuk semester 1.
PTPTN, Biasiswa, Zakat, Yayasan..

Sekarang ini musim orang sebut-sebut pasal isu JPA.
Biasiswa itu ini.
Hati pedih bila memikirkan JPA.
Rupanya ramai juga kawan-kawan aku yang tak dapat JPA. Walaupun pointer mereka amatlah GEMPAK! 
Tapi ada juga beberapa kawan aku yang dapat. Takpe. Aku pasrah. 
Mungkin itu rezeki mereka.
Bukan rezeki aku. 
Apapun.. Aku kena berusaha juga!
Ummi selalu mengingatkan.. "Belajar sungguh-sungguh, biar dapat keputusan tinggi. Kalau nak apply mana-mana biasiswa insyaALLAH mudah je nak dapat."

Aduh aduh, beratnya memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Tugasnya adalah menuntut ilmu.

"Menuntut ilmu hukumnya apa ye murid-murid??"
" Fardhu ain cikgu.. "

"Fardhu ain itu ape?"
"Wajib untuk semua orang cikgu..."
*haha takde keje* 

Ok. Apa yang saya nak cakap sebenarnya nih?
Anda nampak x gambar di atas tuh?
Jikalau anda sedang berada dalam kesempitan, merayu lah pada ALLAH yang Maha memberi rezeki.
Ar-razzak.. Tamat.

Sedikit perkongsian yang aku belajar dalam subjek Hukum Islam dan Masyarakat.
Ilmu lebih berharga daripada harta :
# Ilmu mampu menjaga pemiliknya, sedangkan harta harus dijaga oleh pemiliknya.
# Ilmu dapat meramaikan kawan, sedangkan harta hanya meramaikan lawan.
# Kuantiti : ilmu-semakin hari semakin meningkat, sedangkan harta semakin hari semakin berkurangan.
# Ilmu dapat memberi syafaat kepada pemilik di alam kubur dan akhirat, sedangkan harta hanya akan memusnahkan si pemilik kelak.

Sekian.

October 17, 2012

Be Kind to Others

Bismillah..

A quote :

Treat everyone with kindness, even those who are rude to you- 
                              not because they are nice, but because you are.

#The question is- Are we?




Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has said this once:

"Allah will help a person as he help his brother." (Muslim)


October 03, 2012

Bahasa Arab Bahasa Sorga

Bismillah,

Ayatnya berbunyi begini..
Mereka berkata: "Alangkah miskinnya sesiapa yang tidak mengetahui bahasa Inggeris. Sesungguhnya akan sukar baginya untuk memahami bahasa percakapan manusia." 
Aku berkata: "Alangkah miskinnya kepada sesiapa yang tidak mengetahui bahasa Arab. Sesungguhnya sukar baginya untuk memahami bahasa Tuhan kepada manusia! " 
(sila betulkan jika ada kesilapan dalam menterjemah ini) :)

Tiba-tiba rasa macam nak ada kawan arab.
Boleh speaking arab.
Dan english juga.
Walaupun mungkin tunggang-langgang ayatnya.

*Ini semua gara-gara lelaki Palestin itu*
kahkah.

Perempuan dari Palestin tak ada kat sini ke? O.o

September 28, 2012

Writing skills in English

Bismillah..

Post kali ini memerlukan sedikit kerajinan dan kesabaran untuk aku menulis di sini.
Kerana apa?

Kini aku tahu.. rupa-rupanya dalam writing skills ada format-formatnya..

Simple sahaja.

Tapi kita kena biasakan kalau selama ini kita tidak biasa dengannya.

Iaitu..

Setiap ayat yang anda mahu tulis, haruslah dimulai dengan Huruf Besar.

Dan diakhiri dengan NOKTAH.

*Peluh menitik di dahi. Sekarang ini aku sedang menaip. Sudah beribu kali menekan butang 'backspace'. Dek kerana terlupa memasang mode Caps Lock di setiap kali permulaan ayat. ngeng.
Eh, Ngeng.

Ceriteranya begini..
Beberapa hari lepas ada English class- writing skills. Latihan yang diberi adalah.. kami perlu menulis dalam bentuk point. 

Ini contohnya:
1) Computers are expensive
2) Singapore is a very popular vacation destination in Asia
3) Few people know the interesting history of snowboarding

(Sepertinya ayat ini sudah cukup lengkap bukan?)
Sama sekali tidak..

Kemudian teacher English datang menegur kami..

" Use capital letters and put a fullstop at the end of the word. Some of you did not!"

Gulp!
Seingat aku..ayat aku..
Capital letters: Checked!


Fullstop: Err...?


Then I realized how important capital letters and a fullstop means in every sentences you write.

Jadinya.. marilah kita praktikkan benda ini. Huruf Besar mahupun Tanda Noktah.
Samada di dalam bentuk naskhah atau alam maya. Di blog mahupun status/comment di FB.


Aku tak tahu samada aku mampu bertahan atau tidak? Untuk menulis sebegini rupa~ hahaha

September 14, 2012

makanan anda gemari

abaikan perut buncit itu. 

searching makanan kat google.
uwaaaah.

kebab,satay,ayam.

nyum!
yummy

just desserts
frutti

ok, laparnya.
stop.

#kalau anda mengidam makanan yg sedap dan mahal, search je gambar kat google. pasti perut anda terasa kenyang. jimat wang lagi tuh. huehehe