July 18, 2009

Effort and Results~


::NO EFFORT EQUALS ZERO::
::THE RESULT IS NOT OUR RESPONSIBILITY::
::April 4th 09::

July 11, 2009

Hari ke-100 Datuk Seri N

11/07/2009 12:24pm

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.


- Utusan

Banyak juga pembaharuan sejak Datuk Seri naik. Tak cukup dengan gagasan 1Malaysia, melanjutkan sistem PPSMI hingga tahun 2011. Along ada terbaca satu emel yang mencadangkan kenapa tidak sahaja ditubuhkan sekolah-sekolah aliran PPSMI sebagaimana terdapatnya Sekolah Kebangsaan(aliran BM) dan Sekolah Jenis Kebangsaan..Ya, dengan menyenaraikan dalam angka mungkin kelihatan lebih praktikal (sebelas..why not 100 on his 100th eyh)..Moga Allah bantu negara dan pemimpin2 yang dikehendakiNya

~lotsa peace

July 01, 2009

mukhayam a.k.a perkhemahan f5

hmmmmmm... harap xjemu membace post yg pnjg ini~
alhamdulillah..hamizah diberi kesempatan utk menghadiri perkhemahan f5 yg terakhir            bagi batch11 smih.
Kami bertolak pd pg sabtu.kami dibahagikan kpd 17kump. (8kump banin,7kump banat). fasi kitaorg terdiri drpd pakcik2. kitaorg pegi menaiki kereta mereka..ade 17 kereta..giler kan..huhu.terharu~

kump hamizah ade 7 org. mukhayam kali ni amat berlainan drpd mukhayam yg lain2. Sblm bertolak ke tmpt perkhemahan,tlh diadakn kembara/ explorace..
Sblm bertolak menuju ke detinasi, kami diberi 1 kertas. blablablabla...akhirnye dia suruh kami check keadaan kereta dlm keadaan yg baik terutamanye tayar. pastu kepala kami pon mengadap ke arh setiap tayar dan..erkk! tayar pancit!!!!huu. rupa2nye tugas sume kump adlh menukar tayar keta.(utk pompuan mahupon lelaki)huhu
fasi kami adlh pakcik mat hussin. kitaorg xleh tanye/mintak tlg fasi..pas2 ameklah buku manual keta. bacebacebace..xphm2..1st skali,kena keluarkan jack n bhn2nye. Jack..adehh! plg sedih!sbb nak kuarkan bende tu pon xreti w/pon da bace buku manual..
kitaorg punyelah smgt tarik bende alah tuh...xkuar2.akhirnye mintak tlg drpd kump lelaki. erk.."senangnye dia bukak"..rupe2nye pusingkan jer punat kat jack tuh..
pastu nak turunkan spare tyr kat bwh keta pon kami mintak tlg kump lelaki..mmg jahil abess ar..haha.agak malu di situ~
pas2 nak naikkan keta plak,agak lame utk memahami caranye..blur blur jugak ar.. akhirnye dpt juga kami merentasi segala hlgn yg ditempuh~ pastu singgah petronas utk isi angin tayar.pastu kena psg semula tyr semula seperti yg tlh dipelajari sblm ni..mse second time tuh,kami dpt buat dgn cpt! da arif la katakan~kakaka

ade 7 checkpoint..meh saye cite kembara kami yg besbes je lah.
kitaorg pi tmpt ternak ikan keli~  baunye sggh 'harum'.huhu. blablabla...
pastu kitaorg singgah ke sebuah masjid utk solat disamping itu, kena tanyekan sjrh tmpt di situ iaitu parit karjo n sri muar..sri muar,set!dpt butir2nye.. 
Parit karjo plak..agk sedih sbb sblm ni ade beberapa kump yg da tanye bende yg same..Ade satu kump ni tepon org yg berkenaan..tepon tepon..tibe2 kena marah.huhu. dia ckp"Ni yg saye xsuke nih! sblm ni da byk kump tanye saye! kalau saye tau la macam ni,baik saye rakam semula! (erkk...) lek ar pakcik~
pengajaran kat sni adlh kite kena berkomunikasi dgn msyrkt dgn baik.sbb mestilah penat nak citekan sej parit karjo kat sume 17kump kan..kenalah tarik perhatian mereka,puji2 mereka or bg buah tgn dulu ke..biar reda sket kmrhn diaorg..hehe. 

Ade pulak satu kump banat ni cite.. mase diaorg pi rmh satu makcik ni, makcik tu terus tutup pintu! tau x sbb ape? sbb dia ingat kami ni kump al-arqam..pergh! al-alqam bukan pkai purdah n bju serba hitam ke?pastu kami pon introduce kat makcik tuh yg kitaorg dari sek men islam hidayah... blablabla...mungkin salah kami jga sbb tetibe segerombolan dtg kat rmh makcik tu dgn bpakaian sedondon.mane x seramnye~huhu.sian makcik tuh.kikiki.

nak cite psl petai plak..kitaorg kena cari kedai yg jual petai tau.mula2 xjumpa. pastu jln ke dpn skt, ade tnampak org jual petai kat tepi jln..fasi kami berhenti kat situ..
  Seram!!! sbb org2 yg jual tuh sume lelaki(org asli plak tuh).diaorg siap baring2 lg kat kerusi.huhu.kami kat dlm keta tuh mcm tongkang pecah! sume xnak kuar,takot..haha. pakcik srh kami kuar jugak utk tanye bbrp soalan.
Sblm nak kuar keta tuh,kami bace doa basmalah!huhu. takot sgt! bile da kuar,tanyelah bpe ringgit jual petai tuh,blablabla....dll. Akhir skali kami kena tanye name pemilik kedai tuh. "name abg ape?" 
dia ckp la name dia..... 
"hah?"(xbpe dgr..)
pastu dia ejakan."J.A.B.R"  hoho..mcm org london pulak..jabr~
da abes tanye,msk keta...bsg2 dlm keta tu,fasi kami gelar dia "Jabr The Petai Man". haha

lalalala..akhirnye sampai jugak ke destinasi..di mersing,dkt dgn laut..bes!kami dpt bermandi manda di laut itu~

kat sane, ade motivasi utk kami,candidate spm 09. ade byk permainan spt main kereta api belon..iaitu letak belon kat perut buat bentuk keta api.seronok! ade yg termeletup lg.hoho
Dan di situ,diselitkan pngjrn2 yg bermanfaat bahkan strategi2 utk menghdpi spm..

di sane,byk sgt panduan yg berguna utk kami pelajari..cthnye care utk berkomunikasi dgn msyrkt, dpt mrptkan ukhuwah dgn ahli2 kump(yg sblm ni x berapa rpt sgt).. Dan plg bes skali adlh dpt bljr cara menukar tayar pancit~ bukan sng utk pompuan bljr..korg tau ke cmne nak tukar??haha. dgn muka bongkaknye~ kakaka
Akhir skali,kami b11 nak ucapkan terima kasih kpd pakcik2,makcik2 n guru pengiring  yg tlh berkorban mase n tenaga dlm menjayakan program ni..xkira lah fasi2,tukang msk,penceramah dll.

nak gambar!!huhu. tunggulah kdtgnnye...hihi
sekian..asm

Drama Pemimpin Dunia~

Obama akan pertahan Israel
BAITULMAQDIS 30 Jun - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah meyakinkan Israel bahawa ia akan terus mempertahankan negara Yahudi ini dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun berlaku perbalahan mengenai penempatan haram di Tebing Barat, kata Duta Israel ke PBB, semalam.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan tunduk kepada permintaan Obama untuk menghentikan pembinaan penempatan haram di kawasan jajahannya yang dikehendaki penduduk Palestin sebagai negara mereka, mencetuskan spekulasi bahawa Washington akan mengenakan tekanan diplomatik.
Satu senario memperlihatkan AS yang sebelum ini menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengecam Israel, berhenti memberi sokongan di badan dunia itu atau menyekat akses Israel kepada penentuan keputusan AS.
Ketika ditanya oleh saluran televisyen Channel Ten di Israel sama ada risiko kehilangan veto itu, Shalev berkata, "Kami diberitahu secara jelas (oleh AS) bahawa tiada rundingan dan tiada perbincangan langsung dalam pentadbiran mereka berhubung hal tersebut."
"Terdapat dialog berterusan antara delegasi dan duta-duta. Hari ini juga terdapat dialog yang sangat baik antara saya dengan Duta AS, Susan Rice yang merupakan kawan rapat kepada Obama," ujarnya.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dijadual bertemu utusan khas Asia Barat Obama, George Mitchell di New York hari ini dalam usaha menyelesaikan isu penempatan tersebut. - Reuters


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm