July 01, 2009

Drama Pemimpin Dunia~

Obama akan pertahan Israel
BAITULMAQDIS 30 Jun - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah meyakinkan Israel bahawa ia akan terus mempertahankan negara Yahudi ini dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun berlaku perbalahan mengenai penempatan haram di Tebing Barat, kata Duta Israel ke PBB, semalam.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan tunduk kepada permintaan Obama untuk menghentikan pembinaan penempatan haram di kawasan jajahannya yang dikehendaki penduduk Palestin sebagai negara mereka, mencetuskan spekulasi bahawa Washington akan mengenakan tekanan diplomatik.
Satu senario memperlihatkan AS yang sebelum ini menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengecam Israel, berhenti memberi sokongan di badan dunia itu atau menyekat akses Israel kepada penentuan keputusan AS.
Ketika ditanya oleh saluran televisyen Channel Ten di Israel sama ada risiko kehilangan veto itu, Shalev berkata, "Kami diberitahu secara jelas (oleh AS) bahawa tiada rundingan dan tiada perbincangan langsung dalam pentadbiran mereka berhubung hal tersebut."
"Terdapat dialog berterusan antara delegasi dan duta-duta. Hari ini juga terdapat dialog yang sangat baik antara saya dengan Duta AS, Susan Rice yang merupakan kawan rapat kepada Obama," ujarnya.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dijadual bertemu utusan khas Asia Barat Obama, George Mitchell di New York hari ini dalam usaha menyelesaikan isu penempatan tersebut. - Reuters


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm

No comments: