June 01, 2012

al-layl

bismillahirrahmanirraheem,.

di malam jumaat yang hening ini.
mahu berkongsi tafsir surah al-lail..
[al-lail=malam]
surah yang mengandungi 21 ayat.

Bismillah


Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Demi malam apabila menutupi (cahaya siang)

2. Dan demi siang apabila terang benderang

3. Dan demi penciptaan laki-laki dan perempuan

4. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza

5. Adapun orang yang memberikan (hartanya pada jalan Allah) dan bertaqwa

6. Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik

7. Maka Kami (Allah) kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah

8. Dan adapun orang yang bakhil dan merasa dirinya serba cukup

9 Serta mendustakan pahala yang terbaik (syurga)

10. Maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar

11. Dan hartanya tidak berguna baginya apabila dia tersungkur

12. Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk

13. Dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat itu dan juga dunia

14. Maka Aku ingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala

15. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka 

16. Yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman)

17. Dan kelak akan dijauhkan  orang yang paling bertaqwa dari neraka itu

18. Iaitu yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) untuk membersihkannya

19. Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas

20. Melainkan kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi

21. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan


tafsir ayat 1-4
Allah bersumpah dengan malam apabila menutupi alam dengan bala tenteranya. Tiada yang dapat melarikan diri daripadanya. Malam yang menutupi semua perkara dengan kegelapannya menjadikan hidupan menghadapi kematian kecil kerana pergerakkannya terhenti.

Allah bersumpah dengan siang apabila ia menampakkan cahaya terang dan terserlah segala yang tersembunyi dengan terbitnya matahari. Ketika itu semua perkara dapat dilihat. Bermulalah perjalanan kehidupan dan semua makhluk bangun berusaha mencari rezeki setelah lena dalam tidur yang panjang. Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang menciptakan malam dan siang silih berganti bagi mereka yang ingin mengingati dan mensyukuri nikmat Tuhannya. Apakah yang akan terjadi jika malam berterusan atau siang yang berpanjangan?

Dia juga bersumpah dengan Tuhan yang menciptakan makhluk berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Sedangkan ia daripada mani yang berpunca daripada air dan tempat yang sama. Namun Allah Taala Yang Maha Agung mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mengurniakan anak lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, bahkan ada pula yang dijadikan mandul.

Dia bersumpah dengan semua itu, wahai manusia.. usaha kamu semua berbeza-beza. Berbeza dari segi jenis amal yang dilakukan, matlamat dan kesudahan kepada amalan tersebut..
dipetik dari tafsir al-wadhih


# usaha kita berbeza-beza.
kesudahannya juga berbeza-beza
sama ada ke syurga atau ke neraka

adapun jika hartamu digunakan pada jalan Allah
pada jalan kebaikan
maka akan disiapkan jalan yang mudah untukmu

namun jika ia digunakan ke arah kejahilan
yang merasa cukup akan dirinya
tidak lagi memerlukan pertolongan Allah 
dan tidak bertaqwa kepada Allah
maka jalan yang sukar akan kau tempuhi
harta tidak lagi dapat menyelamatkanmu
apabila semuanya telah binasa

Allah berkuasa memberi petunjuk dan hidayah 
kepada sesiapa yang dikehendakinya
Allah berkuasa juga menghilangkan hidayah
dibiarkan mereka untuk memilih sendiri
telah diberikan akal untuk memilih
Dua jalan.
jalan kebaikan atau jalan kejahatan

diperingatkan kita akan azab neraka 
api yang menyala-nyala
masih tidak takutkah kita??
hidup mati kita hanyalah untuk redhaNya
kelak 
akan peroleh kepuasan yang sebenar-benarnya.. 

mari tingkatkan diri!
kuatkan iman amal utama :)
wassalam.

No comments: