October 24, 2012

Money $_$

Bismillah..

Semua orang sibuk uruskan hal kewangan mereka di Universiti untuk semester 1.
PTPTN, Biasiswa, Zakat, Yayasan..

Sekarang ini musim orang sebut-sebut pasal isu JPA.
Biasiswa itu ini.
Hati pedih bila memikirkan JPA.
Rupanya ramai juga kawan-kawan aku yang tak dapat JPA. Walaupun pointer mereka amatlah GEMPAK! 
Tapi ada juga beberapa kawan aku yang dapat. Takpe. Aku pasrah. 
Mungkin itu rezeki mereka.
Bukan rezeki aku. 
Apapun.. Aku kena berusaha juga!
Ummi selalu mengingatkan.. "Belajar sungguh-sungguh, biar dapat keputusan tinggi. Kalau nak apply mana-mana biasiswa insyaALLAH mudah je nak dapat."

Aduh aduh, beratnya memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Tugasnya adalah menuntut ilmu.

"Menuntut ilmu hukumnya apa ye murid-murid??"
" Fardhu ain cikgu.. "

"Fardhu ain itu ape?"
"Wajib untuk semua orang cikgu..."
*haha takde keje* 

Ok. Apa yang saya nak cakap sebenarnya nih?
Anda nampak x gambar di atas tuh?
Jikalau anda sedang berada dalam kesempitan, merayu lah pada ALLAH yang Maha memberi rezeki.
Ar-razzak.. Tamat.

Sedikit perkongsian yang aku belajar dalam subjek Hukum Islam dan Masyarakat.
Ilmu lebih berharga daripada harta :
# Ilmu mampu menjaga pemiliknya, sedangkan harta harus dijaga oleh pemiliknya.
# Ilmu dapat meramaikan kawan, sedangkan harta hanya meramaikan lawan.
# Kuantiti : ilmu-semakin hari semakin meningkat, sedangkan harta semakin hari semakin berkurangan.
# Ilmu dapat memberi syafaat kepada pemilik di alam kubur dan akhirat, sedangkan harta hanya akan memusnahkan si pemilik kelak.

Sekian.

3 comments:

mohd helmy paijau said...

assalamualaikum..selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhamaad s.a.w..anti,bnyklah berusaha dan bnyklah berdoa..insyaALLAH..jgn berputus asa tau..good luck axeam...=)

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share.....

encik putih said...

blogwalking sambil baca entri..jom terjah blog saya :)