January 09, 2013

Metal Oxide. Eh.

Bismillah

Mereka ada logam mereka tersendiri..

"Manusia ibarat logam. Sebaik-baik mereka ketika jahiliyyah, adalah sebaik-baik mereka ketika ISLAM"
(Sahih Muslim)

Manusia = logam.

Besi mudah dibentuk Boleh buat pagar rumah, kereta, peralatan dapur, duit syiling, alatan pertukangan dll..

Manusia juga diibaratkan seperti logam
Mudah dibentuk

Contoh.
Seperti saidina Umar al-khattab.
Dahulunya terkenal dengan sifat bengis, berani, badannya yang tegap dan gagah.  Hinggakan semua orang takot padanya. Ditambah pula beliau sangat kuat menentang Rasulullah.

Tapi..

Setelah beliau masuk Islam,

Sahabat Rasullah s.aw. yang terkenal dengan ketegasannya. Hatta sewaktu kaum muslimin nak berhijrah ke madinah secara sembunyi, saidina Umar berani menampilkan diri di khalayak ramai untuk mengishtiharkan hijrah secara terang-terangan.

Kata Saidina Umar: “Sesiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini.

Seram x seram x??


Hmm. Maksudnya di sini.. Umar tetap seorang Umar.

Yang membezakannya adalah ketika Jahiliyyah @ Islam.

Antara dalam kegelapan Jahiliyah atau sinar cahaya Islam.



Logam = keistimewaan

Kita pula bagaimana?
Fikir..

*peluh kecil*

4 comments:

Schajar McFlurry said...

Hadis logam :)

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

Yup! :D

hazirahaza said...

Wahhh, moga skill menulis awak ini metal oxide yang berharga. eh.

Kak Yah said...

Subhanallah!