February 26, 2013

Secret ta'aruf

Bismillah,

~Pencinta kucing seperti Abu Hurairah~

Yes!
Berjaya stalk blog orang!
Terima kasih kepada Mr Google~ Kekeke.
Dah lama mencari link si dia. Orangnya sederhana, baik dan cerdik ;)

Makanya dengan ini, saya bolehlah lebih mengenali beliau dari belog nya. Eheh. Meskipun dia bukanlah dari course akademi pengajian islam, tapi saya amatlah menyenangi dia. 
Rata-rata rakan blogger terdiri dari latar belakang didikan agama. Sekarang mahu mencuba citarasa lain pula~

Keterikatan hati bermula semenjak menyertai kelab di kolej.. Kami ini orang bawahan sahaja. Setiap kali kalau ada perjumpaan atau meeting, mesti mesej dia dulu.. "Salam, awak pi meeting x? Nanti kita pi sesama tau.."  ngehehehe. 

Belek-belek belog dia, rupanya dia seorang pencinta kucing. Katanya lagi, beliau gemar bercakap dengan kucing berbanding dgn manusia. Mungkin kerana kurang mendapat kasih sayang dari manusia. 

*Hurm...

Izinkan saya mengenali anda, through your blog boleh? hee

February 22, 2013

Roda Tetap Berputar~

Bismillah,

Adakalanya ia di atas,
Kadang kala di bawah.


Recheck your mutabaah amal.
Berbuatlah demikian untuk mendapatkan ruh baru.
Sekian.

February 13, 2013

Yang Kerdil Lagi Hina

Bismillah.


Astaghfirullah..




Astaghfirullah..




Astaghfirullah..



Ya Rabb..

Ampunkan dosaku yang kian menggunung

Pelihara aku dari cengkaman nafsu dunia

Yang mengotorkan.

February 04, 2013

De Number 1 for Me

Bismillahirrahmanirraheem..

3 girls + a boy

Dia mampu menjaga 4 orang anak
Tanpa sebarang rungutan
Tanpa kenal erti lelah
Kasih dan cintanya tahap giga

Tapi sayang,
4 orang anak tak mampu menjaga beliau
*walau hanya dia seorang*

Setakat doa tidak mencukupi
Perlu diterjemah ke dalam budi bicara,akhlak dan amal

Bukan dengan kata-kata kasar
Bukan dengan masam mencuka
Bukan dengan melawan kata
Bukan dengan memerintah

Seorang ibu
Berkorban jiwa dan raga
Demi anaknya
Hargai dia.

:)
Kunci syurga ada padanya


Sanah Helwah Ummi,
May Allah bless.
040213 | 11.30 p.m.

February 01, 2013

Janji Tak Ditepati

Bismillah,

Hari ini,
Rasa bersalah yang amat sangat.
Awalnya kata begini, tibe-tibe jadi begitu.

Salah satu ciri orang munafiq adalah apabila mereka berjanji,tidak ditepati janji itu.
Hmm.. aku x layak guna slogan 1 Malaysia : "Janji Ditepati". eheh.
Apabila aku dah berjanji pada dia, perlu sedaya upaya merealisasikan.. Kerana sesungguhnya aku telah memberi sebuah harapan yang BESAR padanya.
Janji itu pasti dituntut.

Aku mohon maaf.


Untuk memohon maaf suatu yang sukar kan? Mana taknya.. terpaksa menjatuhkan ego diri.. Tapi percayalah, saat kita lafazkan "Aku minta maaf" pada orang itu, insyaAllah hati dia akan serta merta lembut. Haip! Pastikan lafaz maaf tadi disertai dengan hati yang tulus mulus. Aiwaaah.. Kalau takut nak ucapkan melalui lisan, boleh guna cara tulisan. Asalkan mesej itu sampai.. Kerana aku tak mahu namaku termasuk dalam list 'golongan munafiq' :(

Selepas ini kena berhati-hati dalam setiap bait yang akan aku keluarkan daripada mulut aku.

Tetapkan azammu.
Fikir dahulu sebelum membuat keputusan.