December 25, 2013

Ini Medan Jihadmu

Ujian,

Di kala fatrah imtihan.

Yakni ujian mujahadah melawan segala nafsu.


Mungkin masa ini,
Tidak perlu kau berjihad korbankan diri ke medan peperangan,
Cukuplah sekadar di atas kerusi,
Bertemankan meja dan alat tulis.

Jihad menuntut ilmu Allah.

Cukuplah di situ,
Untuk diri kamu.



Wajib menumpukan sepenuh perhatian,
Pada nota-nota yang sedang menari-nari,
Menyuruh aku agar membacanya.

Allahumma faqqihna fi ddin. Sekian.

December 03, 2013

Rawak




Lihatlah langit, di situ ada ketenangan
Lihatlah gunung-ganang, di situ ada kekuatan
Lihatlah awan berarak, di situ ada kelembutan

Moga dengan merenungi alam, 
Dapat mengembalikan kita kepada fitrah
Kerana di situ ada keagungan Tuhan!

-makcik anisah-



*penambah perencah*

Lihatlah kehijauan bumi, kau akan temui bahagia
Lihatlah lautan, kau akan temui kedamaian
Pasakkan dadamu sedalam-dalamnya
Kasih sayang dan rahmat-Nya terlalu luas

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau bernafas dengan udaranya

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau hidup dengan rezkiNya