December 03, 2013

Rawak




Lihatlah langit, di situ ada ketenangan
Lihatlah gunung-ganang, di situ ada kekuatan
Lihatlah awan berarak, di situ ada kelembutan

Moga dengan merenungi alam, 
Dapat mengembalikan kita kepada fitrah
Kerana di situ ada keagungan Tuhan!

-makcik anisah-



*penambah perencah*

Lihatlah kehijauan bumi, kau akan temui bahagia
Lihatlah lautan, kau akan temui kedamaian
Pasakkan dadamu sedalam-dalamnya
Kasih sayang dan rahmat-Nya terlalu luas

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau bernafas dengan udaranya

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau hidup dengan rezkiNya


No comments: