March 14, 2014

Seteguh Pengembala Kambing

Bismillah,


Kelam,
Sekadar diterangi sebuah lampu
Yang cahayanya sesekali balam
Terbaring aku termangu-mangu
Buntu dek luka yang dalam.

Checkmate!

Kata itu membisik di qalbi
Bahawa makrifatku sekadar di sini

Ahhh...

Man jadda wajada!!

Kata keramat itu sengaja ku laung
Menanam azam yang tinggi menggunung.

Fikiran ku kembali berputar ligat
Biarpun tiada sebarang hasil
Namun tetap ku terus semangat
Menghindar terdampar di lembah jahil.

Nukilan: Bro Egypt

No comments: