Meraikan kepelbagaian itu menyeronokkan,
Sungguh.
Berada di kawasan yang bukan kita punya
Mengajar bahawa kita ini lain daripada yang lain
Dengan mengenali perwatakan mereka
Sekaligus aku kenal warna diriku
Ada ukht yang penyabar orangnya,
tidak banyak berkata namun tangkas lakukan kerja
Ada yang berani, bersifat keibuan.
Ada yang kelihatan biasa-biasa namun sebenarnya luar biasa
Pengalaman 3 hari yang cukup havoc
Anehnya,
Ia penuh dengan gelak ketawa
Terhibur melihat gaya mereka
Coba lihat
ukhti yg sekali sekala hanya berjumpa
pabila bertemu dia sudah masak dengan perangai kita
Wahai.
Apa ini maknanya aku masih belum cukup mengenali
Luangkan masa
garap peluang walau sebentar cuma
pasti enak hidangannya kelak.
Moga-moga amal ini membuahkan kasih sayang sesama kita
Taksis '15
"Memperkasa organisasi, menuju kampus harmoni"
No comments:
Post a Comment