November 28, 2015

Fa sobrun Jameel..

Bismillah,

"Wahai orang-orang yang beriman,
bersabarlah dan kuatkan kesabaran" [3:200]

Bersabarlah.. dan bersabar lagi..
Dengan kesabaran itu, kamu akan beroleh kejayaan.


Di tengah panasnya matahari sambil menunggu bas. Sangatlah menguji kesabaran bila mana bas tidak muncul-muncul jua..

Namun aku gantikannya dengan bacaan mathurat yang terlupa untuk baca pagi itu.

Ada juga ujian kesabaran dalam pelbagai bentuk.

Sabar dalam memaafkan
Sabar mendengar luahan sahabat
Sabar dalam bertarung dengan diri sendiri

Sama-sama menjadi hamba yang sabar.

No comments: