December 31, 2008

falastin fi qalbi

bismillahirrahmanirraheem


sakitnya hati orang di sini, lagi tak terluah kesakitan orang di bumi tercinta
ya Allah....hanya Kau mengerti betapa pedihnya qalbi menahan rasa.



kadang terleka.
bila tersedar, baru terkesima.
ya Allah ampuni hambaMu ini..



ya mujahiduun, semoga roh kalian tidak terputus dari semangat ghazwah ini, biarpun ramai yang telah menemui rindunya.



pimpinlah kami ya Rabb..
hancurkanlah para zionis terkutuk itu!
gagahkanlah kekuatan umat di sana!

~alQuds habibuna~

December 29, 2008

pray for them O Muslims..

bismillahirrahmanirraheem





jiwa meronta.
bantu mereka Ya Allah!

jom sertai
perhimpunan di kedutaan Amerika
untuk membantah serangan Israel ke atas Gaza yang terburuk
sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967
selasa 30 disember
jam 11 pagi

salam tahun baru

bismillahirrahmaniraheem

to all
selamat tahun baru
tarikh ini menjengah lagi
~1 MUHARRAM 1430H~
ayuh kita bermula dan terus mengorak langkah!
*set the targets
*upgrade
*lillahi ta'ala
"kabura maqtan 'indallahi an taqulu ma la taf'alun" (asSaff)

December 23, 2008

saye ditag oleh alifah n najihah~

em....sblm ni x pernah ditag. so mcm blur sket ar..apepon,time kasehla sbb tag ana.haha.

1.do you think you're hot?
- mase pernas,saye mmg dlm kepanasan~ skrg ni..muke sdg dlm kehitaman(terbakar) sbb berjemur mse pernas.huhu

2.upload your favourite picture of you


3.why do you like that picture?
-sbb sweeet~gmbr tu ditngkp mase raye08,tgh bersalam2an n bermaaf2an. comel sgt ayah..pttnye gmbr hamizah n umi je.. tp ayh sibok2 msk dlm gmbr tu.haha

4.when was the last time you ate pizza?
-x ingatla..da lama x mkn. mungkin mse hari kantin sek umi kott..

5.the last song you listened to?
-hehe.td blk sek tmpg keta kakak shafeeqah. pastu diaorg psg lagu band jepun.hoho

6.what name you prefer besides yours?
-nama yg sedap didengar. mungkin saye lbh prefer name yg ade 's'. mcm 'solihah'~kikiki.

7.people i tag..(kalau mls,xpe._
1) along
2) angah
3) kpd kawan yg mengaku saye adlh kwn mreka
4) kak taqiah
5) fatihah

8.who is number 1?
-kakakku.nadiah hanisah. dia skrg tgh amek medic kat mesir. kat rmh dia skrg,xdpt tenet lg.

9.number 3 is having a relationship with?
-me!...sbg kawan~(friendship).haha

10.say something about number 5..
-sahabatku.dia ade blog,tp da berzaman x update. oit!pi update la!

11.how about number 4?
-kak taqiah. ex-hidayah jb.kami dpt berknln di pernas. seronok sgt~ kirim salam pd org hira' pernas yek..rindu pernas~

12.who is number 2?
-syaimaa'.kakakku jugak. dia seorg yg...........................................adooi!xtau nak ckp cmne. hahahahaha.

December 21, 2008

perkhemahan nasional

bismillah..
pd 16-19dis 08, hamizah tlh menghadiri perkhemahan nasional (PERNAS),anjuran kadet remaja sekolah musleh(KRSM). pernas diadakan di N9. sblm tu, nak ucapkan time kaseh kpd alifah sbb beri hamizah peluang pi pernas o8..hihi

16 dis-selasa
kami bertolak dari sek pd pkl 6 pg dgn menaiki bas persiaran. dlm bas tu, amatlah sejuk sampai nak tido pon x leh tido sbb sejuk sgt2! haha.air-cond dia automatik.xleh nak perlahankan. saya duduk dgn rakan saye,shifaa'.kami sampi ke destinasi pd pkl 12 tghari.pttnye dari johor ke n9 mengambil mse 3 jam je.tp sbb bas kami tersesat,so jd 6 jam p'jlnn kami.

ok.peserta yg hadir di pernas adlh seramai 140 org. peserta lelaki terdiri drpd 5 buah sek iaitu
~sekolah menengah islam hidayah,JB
~sekolah menengah al-amin,kemaman
~sekolah menengah al-irsyad,kuantan
~sekolah menengah islam hira',jeram
~sekolah menengah al-hidayah,ipoh

peserta perempuan plak terdiri drpd 4 buah sek.smih JB, hira' jeram, irsyad kuantan. dan al-amin kemaman. hidayah ipoh x hntr peserta perempuan.

perjalanan aktvt: pendaftrn,dirikan khemah,memasak, taklimat prog kpd peserta
pd sebelah mlmnya,ade tazkirah perdana oleh hj zulkarnain bin itam/'ayahanda'. tajuk tazkirah tu ialah jati diri remaja muslim.
ant pengajaran yg blh dikongsi bersama ialah ciri2 remaja muslim..
1-bercita2 tinggi, 2-mmpunyai ilmu yg tinggi, 3-mmpunyai fizikal dan dlmn yg tinggi, 4-maruah yg tinggi.
tanggungjawab kita sbg remaja muslim pulak ialah... membuat prbhn diri ke arh yg lbh baik, membetulkan halatuju diri, menyelamatkan diri dan keluarga, dan sentiasa bersedia utk bertemu dgn Allah~
"sesungguhnya org mukmin yg kuat,lbh Allah kasihi dari org mukmin yg lemah"

17 dis-rabu
buat hirasah n qiam same2 pkl 5pg. pkl 7, buat senaman. bermulalah pertandingan rekacipta ant sek2. syarat pertandingan ialah mestilah drpd bhn terpakai, dan mempunyai nilai komersial.sek kami membuat beg tgn yg dihasilkan drpd seluar jeans terpakai.
1) 2)
1) juri sdg membelek2 hasil rkacipta kami, banat smih jb.

2)peserta lelaki membuat rekacipta 'water filter'. tp xleh diminum. ini utk mengitar semula air yg tlh dibazirkan, cthnya air dari mesin basuh yg melimpah ruah.ia blhla digunapakai semula.
nak tau x? smih jb merangkul pingat johan dlm pertndgn rekacipta! kitaorg jd johan dlm prtndgn rekacipta ni~hehe.seronok sgt~

dlm mse yg same,ade prtndgn ikhtiar hidup.syrtnye ialah memasak nasi dlm buluh. mase latihan pernas di sek,kitaorg x blatih pon msk nasi dlm buluh..jd main msk jela kt prtndgn tu.. tetiba,mse majlis penutup, kitaorg dpt no3..terkejut sgt~ sbb xsngka blh mng.haha.
tghari plak, ade sesi ziarah menziarahi. ziarah khemah2 ant sek2. tujuannye adlh utk merapatkan ukhuwah ant anggota pernas. dari sini,ana dpt berkenalan dgn rakan2 baru, kakak2 n adek2. dari sek hira', dpt b'knln dgn kak long,kak taqiah,kak amalina,ainul mardhiah, dll. dari sek al-amin kemaman,jumpa adik kak majidah, adek kak mam, adek kak syai,dll lagi.

pd sblh ptg, ade pertndgn based. kitaorg mmg berlatih abes2an dlm based sbb ia susah sikit. mase ptndgn tu, alhamdulillah,kitaorg buat yg terbaik! tp........x mng..huhu.mintak maap pd cikgu based kami,liyana f3.huhu xpe2. asal kite dpt mempraktikkan based tu dlm kehidupan.bkn hanye utk mng dlm ptndgn je~
sblh mlm plak, ade mlm kebudayaan. persembhn tu mestilah bertemakan kemanusiaan dan mesti ade lagu patriotik,ciptaan sendiri. ade 2 sek dpt johan dlm prtndgn ni(bg banat). satu,dari smih jb, lg satu dari al-amin kemaman.

18 dis-khamis
pkl 8pg. bg lelaki,ade khidmt msyrkt.diaorg pi bersihkan masjid, pi ternakan tenusu.. bg perempuan,ade merentas hlgn. kitaorg dibhgikan 8kump. kump dicmpr dgn sek lain2. kump hamizah no 4,ade 10 org. ant nye ialah kak ainur,kak taqiah,kak humaira,kak zulaiha,n hannah.
smbil menunggu glrn utk rentas hlgn,kitaorg taaruf jap,cite2 psl sek,mata pljrn di sek dll. mlalui aktvt mrntas hlgn ni..kitaorg dpt eratkan ukhuwah dan slg bkrjasama ant anggota kump msg2..

pastu,tukar turn. lelaki plak rentas hlgn, pompuan pi khdmt msyrkt. kitaorg dibhgikan bbrp kump dan peserta dicmpr ant sek2 sekali lg.kump ana ade 5 org. kak long,rayyan,fatimah, n naimah. setiap kump ditugaskan utk pergi ke rmh warga emas.diaorg tnggl di rmh mereka sorang2. kitaorg kena tlg bersihkan apa2 yg ptt kat rmh wan tu. name wan tu ialah fatimah. umurnya 70-an. ade 3 org anak lelaki.sume da kawen. kitaorg x buat pon keje. makan2 ade la..haha. wan bg mkn ubi dgn niyor(apakah?). cite2,bual2 dgn wan
sblh mlm plak, ade prtndgn kem kraf. kitaorg semangat sgt wat gajet.(last minute~).haha. sume rncg last2 minute. dan akhirnye..kitaorg dpt tmpt kedua.haha. al-amin kemaman yg dpt johan sbb diorg wat identiti mse juri2 melawat ke khemah diaorg.

19 dis-jum
sesi ttp kampung. n ade majlis penutup. tetamu jemputan ialah ustaz megat yg comel memakai bju uniform krs~ kitaorg berjemur di tgh2 pns sms ustaz menympaikan kata2 beliau. ade 4 org pengsan sms ustaz berckp.. 2 banin n 2 banat. pastu bermulalah majlis penutup iaitu penyampaian hadiah.
lalalala.....

keputusan akhirnya dikeluarkan. bg peserta lelaki, tmpt prtama, dimenangi oleh hidayah ipoh. kedua,al-amin kemaman dan ketiga ialah hidayah jb. bg peserta pompuan plak, tmpt pertama, dirangkul oleh al-amin kemaman. kedua, hidayah jb, dan ketiga ialah hira'jeram~
alhamdulillah....

nak cite psl musolla plak. dlm byk2 musolla/masjid yg pernah hamizah msk, musolla pernas ni la yg plg lain mcm..setiap kali msk,mesti tutup mata..ngantuk sgt! sbb kwsn pompuan ditutupi kain jarang wane hitam..bru saye tau.sbb kitaorg slalu ngantuk slalu dlm musolla mgkin sbb faktor warne..smpai solat n bce mathurat pon tersengguk2.ish3. bebudak smih pon ckp yg diaorg pon tetido dlm solat..1st time tuuh,tido dlm solat.hihi..
jd,kesimpulannya, warna memainkan peranan yg amat penting utk kehidupan/keselesaan manusia. cthnya,tmpt bljr,ia mestilah colour bilik yg menenangkan. tmpt solat, warna mestilah warna yg terang,supaya mata terbeliak tuk solat..hahaha.what ever~
k ar. time kaseh sbb sudi bce post ni..sowi kalau post ni pnjg/boring..wslm~

December 19, 2008

tok bak

assalamualaikum~


wow! two posts in one day. that's a record. heh
well, I just thought of sharing a picture of my heroic granpa. hehe. we all call him Tok Bak.
maybe Along can relieve her rindu when she sees this pic.

Tok Bak was once a very big man. and I mean BIG. well, actually what made him look big was his belly. hehe. no offense.
but now, since Tok Mak passed away for nearly two years, he deliberately lost his weight. it was like 'wush!', his size decreased. don't really know how to explain why he got into that state.
what hadn't changed was his LOVE for us. also his smile =)


Tok Bak
urm, the pic's not that clear. gomen.

> to Along, enjoy! ngaha.

yuk yuk!

bismillahirrahmanirraheem

membawakan kepada anda...

jom datang ke karnival ni!
*Sabtu-Ahad*
*27 & 28 Disember 2008*
*Padang MBSA Shah Alam*
anjuran,
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

jumpa di sana! (^_^)

December 09, 2008

bertemu II

bismillahirrahmanirraheem
maka telah hamba nan soghir ini memutuskan untuk menyambung semula kisah yang terbantut di warkah yang lepas. mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

setelah ceritera tentang Nabi berdua serta Habil dikhatamkan oleh makcik Sumilah, beralih pulalah kami ke pelajaran seterusnya. seketika hamba ternganga atas arahan makcik Sumilah itu kerana tidak pelajaran itu tidak pernah hamba perbuat selama ini. apakah ia? ya. menggubah bunga hiasan. untuk penakjuban kalian semua, segala perhiasan bunga di rumah makcik merupakan hasil tangannya sendiri! beritahunya, menggubah bunga salah satu wasilah melayukan rasa tertekan. makcik kelihatan begitu senang dengan caranya tersendiri. hamba hanya mampu tersenyum, sedar akan kurangnya kesenian dalam aliran akal hamba. namun apapun, berkat kesabaran, kelincahan serta kepetahan berfikir dan penghayatan nan mendalam terhadap pelajaran itu, kami berjaya menumpaskan ketidakbolehan menggubah bunga. sebagai pelajar baru, kami hasilkan sekadar yang kami terdaya. dukacita sekali, fotonya tidak ada bersama hamba sekarang ini.

sementelahan merias bunga selesai, kami dikejutkan dengan kehadiran sahabat kami nadhirah yang muncul tak semena-mena dari perantauan. kalian usah tertanya-tanya. kami bertemu mata melalui alam maya. terubat sudah sebahagian rindu kami terhadapnya. lancar lagi petah kami berkata-kata tatkala corong telefon hinggap ke telinga kami. tetapi hamba nan soghir ini terlalu teruja sehinggakan tak terkeluar butir bicara. yang mampu dilafazkan hanya beberapa patah perkataan sahaja. sungguh menyedihkan keadaan hamba nan soghir ini. peluang yang jarang didapatkan inilah yang disesiakan. bukankah ia suatu yang amat merugikan? apalah nasib hamba nan soghir ini. lalu kami pun bergilir-gilir mengungkapkan perkhabaran dan kerinduan masing-masing terhadap nadhirah sahabat kami itu. malah nadhirah sempat memberi ulasan sedikit tentang prestasi gubahan kami. hamba simpulkan saja di sini bahawa, kami perlu memperbaiki lagi gubahan itu. mungkin kelihatan agak cacat. sedikit saja. lalu digubahi lagi bungaan itu hingga menjadi sebuah perhiasan nan tidak sebegitu indah tetapi wajar dipuji.

lalu bersantaplah kami dengan hidangan spaghetti, sate dan bermacam-macam lagi. kesemuanya enak-enak sahaja. alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kami rezeki nan halal lagi menyelerakan ini. alhamdulillah.

setelah beres semuanya, nombor telefon pun menjadi rebutan masing-masing. dan beransurlah seorang demi seorang, meninggalkan rumah molek itu. semoga pertemuan seperti ini bisa kita perpanjangkan lagi hayatnya. ameen.

*tammat*
-ni ekspres punye keje. da lame sgt berkurung dlm nih. huhu.maaf andai membosankan.

December 08, 2008

bertemu

bismillahirrahmanirraheem

tersangatlah suka di hati hamba nan soghir ini untuk mengisahkan tentang hal-hal yang terjadi di hari kelmarin. namun apa daya hamba nan soghir ini tatkala idea yang tidak jua kunjung tiba dan masa yang dilepaskan begitu saja, kisah yang mahu dinukilkan tidak terzahir sehingga detik ini.
maka dengan ini, hamba nan soghir ini mencuil kesempatan yang telah Allah 'azzawajalla anugerahkan untuk terus mendeklamasikan sedikit rasa hati hamba kepada pembaca sekalian. andai rangkai aksara yang terpampang ini menjemukan atau melelahkan kalian, maka adalah menjadi kewajipan kalian untuk tidak meneruskan pembacaan sehingga ke akhir kalam hamba.

kisahnya begini. sebermula perjalanan hamba menaiki pacuan empat roda yang dinamai MyVi dari Taman Impian Jaya menuju ke Presint Bakti di Mutiara Rini, telah menjadi tanda tanya di dalam hati kecil hamba tentang bagaimana agaknya pertemuan yang bakal terjadi dalam masa tidak kurang setengah jam nanti. hamba termangu-mangu mengkhayalkan detik-detik pertemuan itu nanti. adakah berhasil, ataukah biasa-biasa saja? aduhai bikin cemas jadinya. maka hamba pun mengambil keputusan untuk tidak terus-menerus memikirkan tentang hal yang memberatkan fikiran itu.

adapun telah sampainya kami di hadapan rumah tersebut, teragak-agaklah hamba bersama sahabat hamba bernama Asma' Amatullah untuk memasuki rumah yang telah ternganga pagarnya, mengisyaratkan tetamu dipersilakan masuk. dalam hendak hamba melangkah menuju pagar rumah itu, terjerit kegiranganlah Asma' dengan tiba-tibanya. hamba lantas menoleh ke belakang. serta-merta senyuman terukir kemas di wajah hamba dan langkah pun tersongsang, mengarah ke sumber kegirangan itu pula. kereta biru metalik yang tak dapat dikenalpasti brandnya itu bertuankan sahabat lama hamba yang telah terputus hubungan dengan hamba sejak kurang lebih 6 tahun lamanya. wajahnya berserikan seulas senyuman, menambahkan sinar kebahagiaan. bersalamanlah kami dan berpelukanlah kami di bawah simbahan sinar lampu nan benderang. teramat rindu pada dia yang bernama Siti Nur Faiqah. teman sepersekolahan. teman sepergaduhan. teman sepermainan. ah sungguh rindukan memori itu!

setelah menapak ke dalam rumah teres bertingkat dua yang dihias cantik lagi kemas itu, kami beramah mesra dengan tuan rumah yang memang tidak asing lagi buat hamba sementara menunggu kedatangan tetamu lain. tuan rumah ini merupakan sosok teristimewa dalam hidup sahabat kami yang sekarang sedang dalam perantauan berilmiah di Mesir. sahabat yang dimaksudkan ialah Nurul Nadhirah. dan sosok itu ialah makcik Sumilah Marto, ibunda Nadhirah yang kami sayangi dan rindui. keletah kami pada hemat hamba mungkin menjadi pengubat rindu makcik Sumilah terhadap anakandanya Nadhirah yang jauh di negeri orang. masakan tidak, makcik malah membaitkannya dalam ucapan pembukaannya.

setelah beberapa lama kami menunggu, satu-persatu tetamu kunjung tiba. sungguh mengujakan perasaan hamba melihatkan mereka semua! manakan tidak, dalam setahun, hanya sempat bertemu mata tidak lebih 3 kali. salam bersambutan, pipi berlagaan. terhapus segala resah yang menghambat nurani hamba di kala perjalanan tadi. alhamdulillah ya Allah! Kau kumpulkan kami dalam kebaikan sebegini. Kau aturkan langkah kami menuju kegembiraan ini. kalianlah pencoret senyuman di wajah hamba. kalianlah sumbu tawa terjaga hamba. kalianlah yang hadir membawa seinfiniti makna dalam hidup hamba yang dhaif ini.

Asma' Amatullah
Husni Hanis
Maisarah
Nabihah
Nurin Syahidah
Siti Nur Faiqah
Siti Sakinah
Syahidah

tidak lupa juga kepada Ungku Nur Aina yang sedaya upayanya berusaha untuk hadir bersama-sama, menghirup manisnya sebuah pertalian ukhuwwah fillah, namun atas ketentuan-Mu ya Allah, tidak dapat hadir. juga buat Wan Hafsah dan Siti Sarah, halangan nan menghimpit usah dijadikan batu penghalang buat kita bersama. kalau sudah jodoh, takkan ke mana. berdoalah kita bersama-sama.

makcik Sumilah mengisi rohani kami dengan kisah-kisah pengorbanan para Anbiya' khususnya Nabi Nuh, Nabi Ibrahim&Ismail, juga kisah pengorbanan Habil.
selama 950 tahun Nabi Nuh menyeru kepada umatnya kepada Allah yang Satu, akhirnya hanya sebahtera sahaja yang menyahut seruan murni itu. betapa lamanya Nabi dimaki, difitnah, dimusuhi, disakiti, namun tiada keluhan pun yang terbit dalam hati baginda. begitu dahsyat kesabaran Nabi Nuh. isterinya sendiri membelakangi baginda. anak yang disayangi terpaksa ditinggalkan. mereka semua mati dalam kekufuran, yang tinggal hanya mereka yang berlayar dalam bahtera Nabi Nuh. mereka yang bertemu hidayah Allah, sinar ketaqwaan dan keimanan. maka hiduplah Nabi di negeri baharu, tanpa anak dan isteri yang sebelum ini menjadi tempat menumpah kasih. begitu gah sabar baginda.
begitu jugalah kisah Nabi Ibrahim yang diperintah meniggalkan anak dan isteri di gurun yang tiada air. tiada air bermaksud tiada hidupan. isterinya Siti Hajar bersabar atas perintah Allah Yang Maha Mengetahui, redha akan segala yang mungkin berlaku. setelah hidup terpisah sekian lama dengan anaknya Ismail, sekali lagi Nabi Ibrahim diperintah untuk menyembelih anaknya yang satu itu. Nabi Ibrahim yang taat itu pun tanpa berdolak-dalih lagi mematuhi perintah Tuhan. Ismail yang sudah remaja itu dengan tenang menyahut perintah Allah walaupun tahu dirinya bakal dikorbankan. tidak pula membantah, tidak pula merungut. berkat keikhlasan Nabi Ibrahin dan Ismail, Allah menukarkan Ismai dengan seekor kibasy. keikhlasan dan ketaatan yang tidak tertanding. benarlah dalam setiap kesusahan, pasti ada kesenangan.

*bakal bersambung...


December 07, 2008

hikmah ibadat korban

Hari Raya Aidildha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik .a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: Maksudnya: “Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

HIKMAH MENGERJAKAN IBADAT KORBAN

Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. – (Surah al-Hajj (22): 36-37)

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadat korban seperti berikut:

1 - Ibadat korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut.
2 - Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T..
3 - Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..
4 - Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya.
5 - Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA.

December 01, 2008

kawan

xtau la nak ckp ape sbnrnya. tibe2 terasa mcm nak ckp psl kwn. mungkin sbb skrg cuti, jd sunyi xde kwn disisi kite.. hehe

seronoknya kalau kwn selalu ade disamping kite. blh ckp2,gosip2(hehe),ketawa2 n so on.
hmm.. Kalau kite cite ape2 yg sedih, dia sentiasa mendengar suma luahan kite..kalau kite tgh sunyi,kwnlah yg akn kita cari..kalau kite ade buat salah,dialah yg akn menasihatkan kite, dan lain2 lg..

bes kan ade kwn mcm 2? tp....pernah x kita terfikir..ade x sifat2 yg kite suke pd kwn kite tu, ade dlm diri kite?.. pernah x, kita abaikan perasaan kwn kite bila dia tgh sedih, sunyi, gembira or papelah..kita x ambil brt psl perasaan dia pon..

kesimpulannya, hargailah sahabat yg Allah beri kpd kita..kita jgnlah nak memilih kawan atas dasar kepopulariti(btol ke?),kekayaan, kecantikan, or pangkat. tp pilihlah krn sifatnya dan menerima dirinya dgn seadanya..