July 11, 2009

Hari ke-100 Datuk Seri N

11/07/2009 12:24pm

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.


- Utusan

Banyak juga pembaharuan sejak Datuk Seri naik. Tak cukup dengan gagasan 1Malaysia, melanjutkan sistem PPSMI hingga tahun 2011. Along ada terbaca satu emel yang mencadangkan kenapa tidak sahaja ditubuhkan sekolah-sekolah aliran PPSMI sebagaimana terdapatnya Sekolah Kebangsaan(aliran BM) dan Sekolah Jenis Kebangsaan..Ya, dengan menyenaraikan dalam angka mungkin kelihatan lebih praktikal (sebelas..why not 100 on his 100th eyh)..Moga Allah bantu negara dan pemimpin2 yang dikehendakiNya

~lotsa peace

3 comments:

ACHTUNG! said...

Salam...

Mmmm...sayangnya masih tetap yang kaya bertambah kaya, yang miskin tetap menderita. Ada tak klausa atau ayat tentang bantuan @ pembiayaan RAKYAT MISKIN....ada? ada? ada?

Marah betul dengan situasi politik di negara kita ni. Orang miskin punyalah ramai yang di tahap kritikal...siapa yang peduli? Dipeduli pun masa pilihanraya atau sekadar program tv.

Entahlah Syaima'...Syaima'....

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

Ustaz,

1MALAYSIA: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Dari apa yang ana baca, teliti dan faham, Datuk Seri berniat untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat..(di bawah ni yang sempat diekstrak hari ini)

"Selain mengurangkan perbelanjaan rakyat, Perdana Menteri berkata, beliau akan memberikan tumpuan bagi meningkatkan gaji bulanan penduduk negara ini yang disifatkan masih rendah.

‘‘Pada umumnya gaji bulanan rakyat tidak begitu tinggi, sepatutnya dinaikkan lagi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar supaya mereka tidak terpinggir."

But all the same, more will come with his book on 1Malaysia published next year..gotta look forward to that then won't we^_^

Allahu a3lam

-nh4_mesir
b/p syaimaa' yg baru naik kuliah

husna afifi said...

mmg gaji rendah sgt
cost of living tinggi
sbb tu ramai studen msia blaja kt UK xnk balik
sini gaji tinggi
cost of living rendah
best gile!