August 13, 2010

melahirkan dan dimatikan

bismillaahirrahmaanirraheem

berikut adalah satu kejutan.
tak tahulah kenapa saat terbaca berita ni, yang terlafaz di mulut adalah, "alhamdulillah".
lafaz spontan.
tapi lepas tu, fikir semula, is this the best we can do? efektifkah? etc etc..
(heh, sometimes it's true what Pak Utih said: perempuan cakap dulu, baru fikir. T_T")
cannot bring myself to further discuss this. have class. gotta get going.
do help yourselves to respond (if anyone happens to read la).

taken from here
-----

Hukuman mati kes buang bayi
Oleh Nazura Ngah

2010/08/13

pix_gal0
Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.
-----

terus teringat ayat ni:
وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُ ۥدَةُ سُٮِٕلَتۡ (٨) بِأَىِّ ذَنۢبٍ۬ قُتِلَتۡ (٩
"dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya"
"kerana dosa apa dia dibunuh?"
(at-Takwir: 8-9)
wallahua'lam

sudah hari ke-3
fabiayyi aalaairabbikuma tukadzzibaan

4 comments:

~atiQyUdin~ said...

dulu rase mcm patut kerat2 je mnusia camtu tumbuk lumat2 n buang dlm laut ke bg anjing mkn ke

tp
kesian kt babies/kanak2/mangsa pun kdg2 tepike jgk kesian pd pemangsa/pembuang/pendera/dll tuh kan?

da dijanjikan akhir zaman itu dahsyat.
but He knows it all

Danial Izzat Zulbahari said...

salam wbt.

i do agree with the amendment of that penal code provision. hmm, tulah cuma bila pikir balik, yang paling byk buang tu org Islam.

tu utk kes yg buang bayi. yg berjaya "tak hasilkan bayi" ana rasa lg byk.

ibu bapa wajib pantau pergaulan anak2 sejak kecil sebelum melarat.

teringat hadis nabi yang mksdnya "iman sahabat itu seperti refleks iman diri kita sendiri"

utk situasi hari ni, asas2 mudah mcm ni yang kne diberi perhatian.

utk generasi hari ni: wajib didik diri mulai skang jd ibu bapa yg soleh utk masa akan dtg!

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

to atiq,
heh.
sebab tu reaksi pertama ana adlh 'alhamdulillah'.
but then, balasan kat akhirat lagi tak terbayang.
kita serahkan the fairest judgment kepada Allah di sana nanti.
banyak kan kerja kita? hu.
kita akhir zaman..
unbelievable..

to danial,
kena tengok balik root of the problem.
macam gigi yang sakit, bila dicabut baru lega. kalau asek telan painkiller nak kurangkan sakit, tak lama lepas tu, sakit tu datang balik.
as in this case, seperti yang anta kata, asas-asas yang kita kena attend to. kesedaran bahawa perhubungan luar nikah adalah haram tu yang kena difahamkan.
dan banyak lagi la sebenarnya yang perlu dijalankan selari dengan penguatkuasaan undang-undang.
this is just my piece of thought.
in the end, Allahu a'lam.

wallahua'lam
-syaimaa'-

Danial Izzat Zulbahari said...

true. the reformation process towards the ummah will not be stopped. InsyaAllah. kita semua doakan.