August 28, 2011

dan beluncas pun berpuasa? (FM)

bismillaahirrahmaanirraheem
nak share entry menarik dari cik Fatimah Muhammad :)

[26 Ramadhan 1432H,
Iktikaf f3 SMIAAG]

Cikgu Hasnah kata:


- Masa ulat beluncas belum jadi kupu-kupu, tak ada orang suka. Melihatkan badannya yang lembik, kembung, besar dan berbulu, semua orang cakap 'eeeee' seolah ia seekor makhluk yang jijik. Tapi selepas sang beluncas menjalani tempoh masa yg tertentu utk berpuasa di dalam kepompong, akhirnya ia keluar sebagai seekor kupu-kupu yang terbang megah perkasa lagi indah. Masa tu mulalah semua orang memuji: 'waaah, cantiknyaa!', 'seronoknya kalau dapat terbang macam dia, cantik pula tu!'

- Seekor ular akan berpuasa selama beberapa hari dalam proses bersalin kulit. Demi mendapatkan kulit baru yang cantik dan bersinar, ia takkan makan walaupun berpuluh-puluh ekor katak melompat-lompat depan biji matanya (ok, ini perumpamaan yg hiperbola) sebab, sekali ia makan, sistem pertukaran kulit tu akan terganggu dan kulitnya takkan jadi secantik yang dia impikan.

Wah, rupanya haiwan pun berpuasa dan ia memberi manfaat pada mereka!
Begitu juga manfaat yang manusia dapat dari berpuasa, malah hikmahnya jauuuuh lebih BESAR lagi untuk kita. Walaupun mungkin layu, penat, kuyu dan kurang tenaga semasa menjalani proses berpuasa, tetapi sekiranya dijalankan dengan betul, yakinlah bahawa akhirnya Allah akan bagi keelokan dan kebaikan pada kita dari semua segi. Macam sang kupu-kupu yang boleh terbang perkasa dengan warna-warna ceria pada sayapnya, atau sang ular yang lebih gagah confidentdengan rupa yang cool dan macho selepas tamat puasa mereka. Apa.. hanya ular-ular yang sanggup berpuasa ja dapat kulit cantik tau! hehe. kalau beluncas puasa dapat sayap, ular puasa dapat kulit baru, kita puasa dapat apa? Insyallah yang baik-baik & berkualiti aja!^_^

Sebut tentang puasa, teringat kata-kata:
- Lagi besar apa yang dicari, lbh hebatlah pengorbanan yang perlu dibuat
- "Orang mukmin itu berhadapan dgn 2 jihad pd bln Ramadhan: Jihad di waktu siang dengan berpuasa & Jihad di waktu malam dengan solat, qiyam yang panjang" dan akhirnya untuk org mukmin itu 2 kegembiraan juga: Kegembiraan saat berbuka, dan kegembiraan sewaktu bertemu Rabbnya. Dan tidaklah masuk melalui pintu Al-Rayyan itu, kecuali hamba-hambaNya yang berpuasa^_^

Kata cg Hasnah lagi:

Bila tiba 10 malam terakhir, para sahabat beribadah dengan kadar yang sangat intensified, seakan-akan mereka sudah tak kenal orang lain dan rumah sendiri (tapi tak bermaksud mrk mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri&anak2). Hal ini kerana mereka bersungguh-sungguh ingin merebut pahala & ganjaran yang Allah nak bagi. Padahal pahala mereka pastilah lebih besar dan jauh lebih baik dari kita T_T. Jadi apa sikap kita terhadap Ramadhan? Tambah-tambah bila tak ada orang yang boleh halang ia dari berlalu pergi.

Nota akhir


Rasanya macam baru semalam cakap "Ahlan wa Sahlan, ya Ramadhan!" dan hati berbunga besar kembang menyambut kedatangan yang dinantikan. Kini sudah kian menghampiri detik "selamat tinggal" dan perpisahan. Oh, alangkah peritnya.. barulah benar-benar terasa beratnya sumpah Allah bila Dia berkata "Wal 'Asr!!" ya Allah, tolong kami, jangan hukum kami atas apa yang kami lalaikan. Ya Allah, tamatkan Ramadhan kali ini dengan pengakhiran yang terbaik dan pertemukanlah kami dengan bulan agung ini sekali lagi tahun hadapan.. Ameen ya Rabb.

Last but not least,
can't help but to share this quote (taken from fb):


Aku lihat Ramadhan dari kejauhan..
Lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata,
"Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk org yang bernama mukmin. Ajaklah Sabar utk menemani hari-hari dukanya, pelukan Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal.. ia sudah tiba.."

ku lihat Ramadhan pergi.. jauh..
'Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya?'

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

moga Ramadhan yg pergi bjaya menjadikan kita pulang kpd fitrah insani. moga mencapai kasih ilahi. mencapai redha Rabbul Izzati. bergembira menyambtl hadirnya Aidilfitri.

selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

Kilimanjaro said...

subhanallah