November 21, 2011

hujan

bismillah dan assalamualaikum :)


saya melaporkan bahawa.. [ala-ala berita kononnya]
kelantan sekarang ini sedang dilanda musim tengkujuh~
dan hujannya yang tidak berhenti-henti..
kadang2 berhenti sekejap, pastu hujan balik..

jadi payung memang kena sentiasa ada kalau nak keluar mana2. saya rasa pepatah yang sesuai di kala musim hujan ini adlh
'sediakan payung semasa hujan'. hehe

hmm..apa yang kita akan rasa kalau hujan x henti-henti non stopnya?
risau? takut? sayu? gembira? bahagia?
macam-macam perasaan ada kan..

hujan merupakan rahmat bagi seluruh alam.. tahu kenapa?
ummi pernah sebut pada saya.
"hujan ni bukan rahmat untuk manusia saja.. tetapi rahmat bagi haiwan dan tumbuh-tumbahan juga."
pokok-pokok mesti sgt gembira kalau hujan turun.. yela mana taknya,itu kan makanan asas mereka~
samalah seperti kita manusia ni, bila ada makanan sedap2 depan mata kita, siapa yang x suka?siapa yang tak gembira?

itulah rahmat hujan untuk tumbuhan. sumber kekuatan dlm memakmurkan bumi ini..waah~

pensyarah saya cerita.. di negara arab sangat payah nak turun hujan.. musim di negara arab ada musim sejuk . tp xde musim hujan.. jadinya, orang-orang arab akan melakukan solat agar dturunkan hujan..ya solat! antara ciri-ciri solat dorang: solatnya seperti solat hari raya, bukan solat di masjid dan dorang akan pakai pakaian lusuh. sangat berbeza dengan solat hari raya kita kan..kita di malaysia hari raya kita akan pakai baju baru n solat di masjid..
~tanda kesyukuran di hari yang mulia~

tp dorang solat untuk mohon hujan turun ni bukan solat di masjid..dorang solat di kawasan yang lapang..di padang.. dan dorang akan pakai baju yang lusuh. sebab nak mintak daripada Tuhan untuk turunkan hujan takkan nak pakai baju lawa-lawa kot.. kenalah minta dengan penuh merendah diri..
itulah kisahnya..
makanya.. tidakkah kita bersyukur dengan nikmat hujan di malaysia nih? negara yang dilanda KEMARAU lagi terseksa..somalia contohnya.

ouh..antara keistimewaan hujan jugak adalah hujan ni menyingkirkan kekotoran dan dia meneutralkan alam.. (seorang doktor berkongsi ilmu dengan saya dan rakan2)

maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


rain..you let go of all pain
you bring the coolness
from the tiring day and its heat

you bring back those memories
of childhood the innocent one
making boats and splashing water
-dipetik dari a1gaurav.wordpress.com tajuk rain~


doa ketika hujan turun:
Hujan
ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia,tanaman dan binatang)
-HR bukhari-

moga ia hujan yang membawa rahmat dan bermanfaat utk penduduk alam..
wassalam.

3 comments:

wak gelas said...

wak pon sukak hujan2 begituuuu.. eeeee wak dah datang nih nak komen komennnn.....

www.patutketakpatut.blogspot.com said...

sebenarnya memakai pakaian yang lusuh dan sembahyang d kawasan lapang itu ada kitabnya berkenaan cara sembahyang mohon hujan..:)

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

>wak gelas: hujan best:)
>patotketakpatot: ouh.. kat malaysia xde amalkan bende ni sgt.. so mcm xberapa tahu~ :)