Bismillahirahmaniraheem..
Manusia kalau diberi ujian sedikit, mudah melatah.
Tarbiyah 25/4/13
[Satu] Bila ada sesuatu yang berharga hilang sebentar dari pandangan,
Walau hanya sebentar.. Hatinya payah nak tenteram.
Itu baru sehari, belum lagi seminggu atau sebulan atau setahun..
[Dua] Yakin apabila anda menolong mereka yang memerlukan, maka pasti Allah akan menolongmu. Meringankan kesulitan orang lain, itu merupakan satu sedekah. Jika tak mampu membuat ibadah apapun, maka ringankan tulang untuk membantu rakan-rakan.
Rakan anda mempunyai masalah kewangan, maka pinjamkanlah duit kepada mereka.
Rakan meluahkan masalah kepada anda, maka dengarlah dengan khusyuk. Cuba sedaya-upaya selesaikan masalah mereka dengan memberi nasihat atau pandangan atau cadangan. Itu juga merupakan sedekah. Senang je kan?
[Tiga] Ingatlah pada Allah. Di waktu sakit ingatlah pada Allah.. Di waktu susah, ingat pada Allah.. Di waktu senang, ingat pada Allah.. (mutiara hati) Konklusinya.. ingatlah Dia di setiap masa, di mana jua :)
Don't depend on others because they don't have any power at all. Instead, Allah have everything..!
[Empat] Jangan bajet bagus sangat. Rupanya senior tuh lagi haybat dari kau. Pandai dia ambik hati dulu kemudian promote barang. Duhh. Harapnya dia lupa save nama. in addition, sedikit sebanyak boleh juga copy skill yang dia ada untuk kepentingan diri. ekeke.
[Lima] Baru aku tahu makna sebenar tawakkal. takde lah baru sangat.. Diperoleh dari qudwah seorang sahabat. Betapa bergantung harapnya dia pada Allah sampaikan membuatkan aku terkesima. Salute.
Dan hari ini aku cuba menggunakan konsep tawakkal semasa di kelas. *senyum bahagia*
Hmm, ternyata selama ni konsep tawakkal aku salah. Heyy, tawakkal yang sebenar-benarnya itu haruslah disertai dengan tekad yang kuat + usaha yang bersungguh! tawakal kita perlu bersama dengan redho dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah..
Bukanlah tawakkal itu dengan ketiadaan sebarang usaha pun. Ini konsep salah wa dholalah. ngaa..
That's all.
Banyak aku pelajari hari ini,
Tarbiah Ilahi,
Alhamdulillah syukur.
Wassalam
No comments:
Post a Comment