May 03, 2013

Perubahan suatu pendakian

Bismillah..

Kami sekawan
Aku dan dia suka berjalan.

Jalan jalan jalan, stop sekejap. Kemudian mendongak ke atas.. 20 anak tangga sedia menanti.
Walaupun letih kaki ini melangkah,
Langkah demi langkah aku naik..

Aku: "Wan, penat nyeee.."

Dia: "Tangga ni suatu pendakian ke arah perubahan.. Selagi kita x mendaki, selagi itulah kita tak akan rasa erti kesusahan.. Sama lah seperti "perubahan", kita bukan boleh ubah secara drastik. Kita ubah sikit-sikit.. Barulah akan sampai ke puncak kegemilangan!"

Aku: "Hihi.............."

Dan kami terus berjalan. Aku tahu dia penat..kerana aku pun penat jugak. Kami berjalan tanpa kata. diam.


Fasa perubahan. Semua orang akan berubah.

Kalau bersahabat biarlah seikhlas mungkin
Jika ada unsur mengeluh, itu namanya bukan sahabat.