maka telah hamba nan soghir ini memutuskan untuk menyambung semula kisah yang terbantut di warkah yang lepas. mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
setelah ceritera tentang Nabi berdua serta Habil dikhatamkan oleh makcik Sumilah, beralih pulalah kami ke pelajaran seterusnya. seketika hamba ternganga atas arahan makcik Sumilah itu kerana tidak pelajaran itu tidak pernah hamba perbuat selama ini. apakah ia? ya. menggubah bunga hiasan. untuk penakjuban kalian semua, segala perhiasan bunga di rumah makcik merupakan hasil tangannya sendiri! beritahunya, menggubah bunga salah satu wasilah melayukan rasa tertekan. makcik kelihatan begitu senang dengan caranya tersendiri. hamba hanya mampu tersenyum, sedar akan kurangnya kesenian dalam aliran akal hamba. namun apapun, berkat kesabaran, kelincahan serta kepetahan berfikir dan penghayatan nan mendalam terhadap pelajaran itu, kami berjaya menumpaskan ketidakbolehan menggubah bunga. sebagai pelajar baru, kami hasilkan sekadar yang kami terdaya. dukacita sekali, fotonya tidak ada bersama hamba sekarang ini.
sementelahan merias bunga selesai, kami dikejutkan dengan kehadiran sahabat kami nadhirah yang muncul tak semena-mena dari perantauan. kalian usah tertanya-tanya. kami bertemu mata melalui alam maya. terubat sudah sebahagian rindu kami terhadapnya. lancar lagi petah kami berkata-kata tatkala corong telefon hinggap ke telinga kami. tetapi hamba nan soghir ini terlalu teruja sehinggakan tak terkeluar butir bicara. yang mampu dilafazkan hanya beberapa patah perkataan sahaja. sungguh menyedihkan keadaan hamba nan soghir ini. peluang yang jarang didapatkan inilah yang disesiakan. bukankah ia suatu yang amat merugikan? apalah nasib hamba nan soghir ini. lalu kami pun bergilir-gilir mengungkapkan perkhabaran dan kerinduan masing-masing terhadap nadhirah sahabat kami itu. malah nadhirah sempat memberi ulasan sedikit tentang prestasi gubahan kami. hamba simpulkan saja di sini bahawa, kami perlu memperbaiki lagi gubahan itu. mungkin kelihatan agak cacat. sedikit saja. lalu digubahi lagi bungaan itu hingga menjadi sebuah perhiasan nan tidak sebegitu indah tetapi wajar dipuji.
lalu bersantaplah kami dengan hidangan spaghetti, sate dan bermacam-macam lagi. kesemuanya enak-enak sahaja. alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kami rezeki nan halal lagi menyelerakan ini. alhamdulillah.
setelah beres semuanya, nombor telefon pun menjadi rebutan masing-masing. dan beransurlah seorang demi seorang, meninggalkan rumah molek itu. semoga pertemuan seperti ini bisa kita perpanjangkan lagi hayatnya. ameen.
*tammat*
-ni ekspres punye keje. da lame sgt berkurung dlm nih. huhu.maaf andai membosankan.
4 comments:
memang bosan...
ha ha...
masih terbayang2 muka sume orang yang childish2 dulu...
biar ana sebut mana ana ingat...
erm...
asma', asma', diana, afifah, nadhirah, nurin syahidah, sakinah, nabihah, ameerah, syaimaa'... a... aa... aaa.. lagi... lagi...
lupa dah..
time2 berhingus dulu la..
sekarang rasanya sume dah ada gaya datin...
salam terjah
hilal,
huhu da agak dah. ana yg buat post ni pon malas nk bace blk.
chait! kami mne de gaya datin. cume terampil vogue saje. hehehe.
alia,
sile sile. jgn memalu. hihi
-syaimaa'-
amazed-jealous- with the classical malay words there.. oh well.
Post a Comment