December 08, 2008

bertemu

bismillahirrahmanirraheem

tersangatlah suka di hati hamba nan soghir ini untuk mengisahkan tentang hal-hal yang terjadi di hari kelmarin. namun apa daya hamba nan soghir ini tatkala idea yang tidak jua kunjung tiba dan masa yang dilepaskan begitu saja, kisah yang mahu dinukilkan tidak terzahir sehingga detik ini.
maka dengan ini, hamba nan soghir ini mencuil kesempatan yang telah Allah 'azzawajalla anugerahkan untuk terus mendeklamasikan sedikit rasa hati hamba kepada pembaca sekalian. andai rangkai aksara yang terpampang ini menjemukan atau melelahkan kalian, maka adalah menjadi kewajipan kalian untuk tidak meneruskan pembacaan sehingga ke akhir kalam hamba.

kisahnya begini. sebermula perjalanan hamba menaiki pacuan empat roda yang dinamai MyVi dari Taman Impian Jaya menuju ke Presint Bakti di Mutiara Rini, telah menjadi tanda tanya di dalam hati kecil hamba tentang bagaimana agaknya pertemuan yang bakal terjadi dalam masa tidak kurang setengah jam nanti. hamba termangu-mangu mengkhayalkan detik-detik pertemuan itu nanti. adakah berhasil, ataukah biasa-biasa saja? aduhai bikin cemas jadinya. maka hamba pun mengambil keputusan untuk tidak terus-menerus memikirkan tentang hal yang memberatkan fikiran itu.

adapun telah sampainya kami di hadapan rumah tersebut, teragak-agaklah hamba bersama sahabat hamba bernama Asma' Amatullah untuk memasuki rumah yang telah ternganga pagarnya, mengisyaratkan tetamu dipersilakan masuk. dalam hendak hamba melangkah menuju pagar rumah itu, terjerit kegiranganlah Asma' dengan tiba-tibanya. hamba lantas menoleh ke belakang. serta-merta senyuman terukir kemas di wajah hamba dan langkah pun tersongsang, mengarah ke sumber kegirangan itu pula. kereta biru metalik yang tak dapat dikenalpasti brandnya itu bertuankan sahabat lama hamba yang telah terputus hubungan dengan hamba sejak kurang lebih 6 tahun lamanya. wajahnya berserikan seulas senyuman, menambahkan sinar kebahagiaan. bersalamanlah kami dan berpelukanlah kami di bawah simbahan sinar lampu nan benderang. teramat rindu pada dia yang bernama Siti Nur Faiqah. teman sepersekolahan. teman sepergaduhan. teman sepermainan. ah sungguh rindukan memori itu!

setelah menapak ke dalam rumah teres bertingkat dua yang dihias cantik lagi kemas itu, kami beramah mesra dengan tuan rumah yang memang tidak asing lagi buat hamba sementara menunggu kedatangan tetamu lain. tuan rumah ini merupakan sosok teristimewa dalam hidup sahabat kami yang sekarang sedang dalam perantauan berilmiah di Mesir. sahabat yang dimaksudkan ialah Nurul Nadhirah. dan sosok itu ialah makcik Sumilah Marto, ibunda Nadhirah yang kami sayangi dan rindui. keletah kami pada hemat hamba mungkin menjadi pengubat rindu makcik Sumilah terhadap anakandanya Nadhirah yang jauh di negeri orang. masakan tidak, makcik malah membaitkannya dalam ucapan pembukaannya.

setelah beberapa lama kami menunggu, satu-persatu tetamu kunjung tiba. sungguh mengujakan perasaan hamba melihatkan mereka semua! manakan tidak, dalam setahun, hanya sempat bertemu mata tidak lebih 3 kali. salam bersambutan, pipi berlagaan. terhapus segala resah yang menghambat nurani hamba di kala perjalanan tadi. alhamdulillah ya Allah! Kau kumpulkan kami dalam kebaikan sebegini. Kau aturkan langkah kami menuju kegembiraan ini. kalianlah pencoret senyuman di wajah hamba. kalianlah sumbu tawa terjaga hamba. kalianlah yang hadir membawa seinfiniti makna dalam hidup hamba yang dhaif ini.

Asma' Amatullah
Husni Hanis
Maisarah
Nabihah
Nurin Syahidah
Siti Nur Faiqah
Siti Sakinah
Syahidah

tidak lupa juga kepada Ungku Nur Aina yang sedaya upayanya berusaha untuk hadir bersama-sama, menghirup manisnya sebuah pertalian ukhuwwah fillah, namun atas ketentuan-Mu ya Allah, tidak dapat hadir. juga buat Wan Hafsah dan Siti Sarah, halangan nan menghimpit usah dijadikan batu penghalang buat kita bersama. kalau sudah jodoh, takkan ke mana. berdoalah kita bersama-sama.

makcik Sumilah mengisi rohani kami dengan kisah-kisah pengorbanan para Anbiya' khususnya Nabi Nuh, Nabi Ibrahim&Ismail, juga kisah pengorbanan Habil.
selama 950 tahun Nabi Nuh menyeru kepada umatnya kepada Allah yang Satu, akhirnya hanya sebahtera sahaja yang menyahut seruan murni itu. betapa lamanya Nabi dimaki, difitnah, dimusuhi, disakiti, namun tiada keluhan pun yang terbit dalam hati baginda. begitu dahsyat kesabaran Nabi Nuh. isterinya sendiri membelakangi baginda. anak yang disayangi terpaksa ditinggalkan. mereka semua mati dalam kekufuran, yang tinggal hanya mereka yang berlayar dalam bahtera Nabi Nuh. mereka yang bertemu hidayah Allah, sinar ketaqwaan dan keimanan. maka hiduplah Nabi di negeri baharu, tanpa anak dan isteri yang sebelum ini menjadi tempat menumpah kasih. begitu gah sabar baginda.
begitu jugalah kisah Nabi Ibrahim yang diperintah meniggalkan anak dan isteri di gurun yang tiada air. tiada air bermaksud tiada hidupan. isterinya Siti Hajar bersabar atas perintah Allah Yang Maha Mengetahui, redha akan segala yang mungkin berlaku. setelah hidup terpisah sekian lama dengan anaknya Ismail, sekali lagi Nabi Ibrahim diperintah untuk menyembelih anaknya yang satu itu. Nabi Ibrahim yang taat itu pun tanpa berdolak-dalih lagi mematuhi perintah Tuhan. Ismail yang sudah remaja itu dengan tenang menyahut perintah Allah walaupun tahu dirinya bakal dikorbankan. tidak pula membantah, tidak pula merungut. berkat keikhlasan Nabi Ibrahin dan Ismail, Allah menukarkan Ismai dengan seekor kibasy. keikhlasan dan ketaatan yang tidak tertanding. benarlah dalam setiap kesusahan, pasti ada kesenangan.

*bakal bersambung...


11 comments:

kalam hati said...

salam.syem.saje je eh wat cite sedih..sedih bile baca .huhuhu.kapan kita mau jumpa lagi?jom g beraya?huhuhuhue

kecik said...

aku ngah syok bace,skali bersambung??
grrrrr

Asim Abdullah said...

Very puitis...pekh~ ayat dia...ish3x...

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

syeda,
sdey ek? huhu..

noa,
ahaha syok eh?wawawa i take dat as a compliment. thnx! ngeee..

asim,
huahua sekali sekala..

Anonymous said...

uish..adeh..

tak tahu nak ckp ape..time kacih..malu lah saya..ahaks~

dah nampak kekreatifan dia menulis..mana smbgn..ana tgu nih..haha

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

Betul Betul Betul (gaya Ipin)

Hamba sependapat dengan kalian, saudara kandung hamba ini memang punya bakatnya sendiri...hamba yang dhoif lagi tua usia ini menyudahkan kata-kata dengan ungkapan syukur kepada Allah Maha Pemberi..rezeki, bakat juga daya yang ada

AlhamduliLLAH walhamduliLLAH~

~yong di Mansoura

p/s-Gambatte ne ang,izah

utrujah said...

bahasa purbakala yg kelakar..hahaha..tak aci eh. x bitau ana pon! cubit kang!

Anonymous said...

salam..hehe, btul3..mmg puitis..sorry sgt psl gathering tu eh, ttbe smthg happen xdpt dtg..sdey sgt, huhu
insyaallah, ada rezeki kte jmpe

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

nad,
alala malu2 hamster lak dea. ahax! ayoo bru nmpk kekreatifan keh? kne semunyik r pasnih. hihi

along,
saye terharu. huahua

utrujah a.k.a asma'
purbakala? mmg nk kne nt ni. haha. nk cubit? xde maknenye. haha

aina,
yeap ade jodoh xke mane iAllah. sgt rindu kotttt. huahua. everything ade hikmahnya.=)

~amatullah~ said...

syaima'..kite naik same kerete kan?tapi peliklaaaa..ana naik myVi camne nt leh naik VIVA...huhuh

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

amatullah,
ngeh3. soei2. nnt ana btolkan..heeeee

-syaimaa'-