May 09, 2009

kita huruf jarr

bismillaahirrahmaanirraheem

Seperti yang tertera dalam tajuk di atas, apakah yang terfikir barangkali dalam minda kalian yang arif lagi bijaksana?
"Kita Huruf Jarr"
Absolutely!
Ilmu ini telah kugapai dalam sebuah majlis ilmu tak lama dahulu. kurang lebih, sebulan yang lalu. lama ke? heh.
Tika itu, ustaz yg berkongsi cerita sedang dalam proses meng'summarize' pengajaran daripada 3 buah surah iaitu surah anNaas, alFalaq dan alIkhlas.
Dan sepertimana namanya, surah alIkhlas menyelitkan pengajaran tentang keikhlasan.

Apakah itu ikhlas?, duga ustaz.
Ustaz berkaca mata itu membawa dua situasi yg berlaku dalam hidupnya.
situasi 1: "Bang, dermalah seikhlas hati bang. Saya tak kisah bang nak kasi berapa pun tapi biarlah seikhlas hati bang"
situasi 2: "Saya terima takdir ni dengan ikhlas insyaAllah. Iye, saya terima seikhlasnya"
Dua penggunaan kata ikhlas yg amat berbeza maksudnya. geli hati jugak kami.

Ikhlas bererti melakukan pekerjaan kerana Allah semata. hanya mengharapkan redhaNya. tidak akan mengeluh atau mengungkit kembali apa yg telah dilakukan.
Mungkin itu definisi biasa yg kita dengar.

Melihat semula kepada tajuk di atas, ustaz ceria itu telah mengaitkan huruf jar dengan hakikat manusia untuk menghuraikan definisi ikhlas itu sendiri.
Huruf jar adalah satu bahagian daripada tiga bahagian yang terkandung dalam sebuah kalimah.
Dalam satu kalimah (ayat), mesti ada isim (kata nama), fi'il (kata kerja) dan huruf jar (kata sendi) itu sendiri. wah! da mcm kelas bahasa arab. haha.
Huruf jar ataupun akrab dipanggil kata sendi tidak akan bisa berdiri sendiri. ia memerlukan sesuatu sebagai sandaran. perlukan sesuatu untuk menjadikannya lebih bermakna. huruf jar tidak berguna jika diletakkan bersendirian. maka, sifat huruf jar itu adalah, ia perlu bergantung kepada sesuatu yg lain.

Lalu, ustaz lulusan Timur Tengah itu pun menyenaraikan (lebih tepat lagi, kami dikerah utk menyenaraikannya. hu) segala huruf jar yg ada dalam bahasa Arab. memang kelas bahasa arab T_T
1. min
2. 'an
3. bi
4. ma'a
5. ka
6. fii
7. li
8. 'ala
9. ila

Setelah itu, ustaz terus menyambung semua huruf jar tersebut dengan perkataan ALLAH dan terus memberi penerangan jitu tentang hakikat huruf jar dengan manusia.
1. minallah - everything comes from Allah
2. 'anillah - everything must be about/related to Allah
3. billah 
4. ma'allah - Allah bersama kita, kita bersama Allah. konsep ihsaan.
5. kallah - manusia perlu ada sifat yang serupa tuannya. cthnya, jika tuan si A adlh seorg yg skema, maka si A pun perlu menjadi skema. ataupun, kita bekerja denga petani, maka ciri2 seorg petani perlu ada pada kita. dan sebagai 'abd kpd Allah, perlu ada ciri2 seorg 'abd. cuba telusuri surah alFurqaan tentang sifat 'ibaadurrahmaan.
6. fillah
7. lillah - untuk Allah, e.g niat, alqasdu
8. 'alallah - atas Allah. tawakkal. berserah diri kepada Allah
9. ilallah - kepada Allah. ghaayah dan hadaf (tujuan serta matlamat hidup). akhiran kita adalah kepadaNya jua.

Kesimpulannya, ikhlas adalah himpunan huruf jar itu. Apabila kita adalah huruf jar yg telah disempurnakan dengan tempat bergantung yakni Allah, maka ikhlas itu ada pada kita. 
Apabila kita beramal seperti huruf jar, bererti ikhlas itu sudah dikecapi.
Ya. huruf jar+Allah itu diselarikan dgn semua amal kita. itulah ikhlas.
Dan kita adalah huruf jar.
Begitulah.
Begitulah.

wallahua'lam.

p/s: maka dengarkan ini wahai kak sofi dan kak mayam, post ini insyaAllah bermanfaat :p

8 comments:

kecik said...

puh. nice post.

aku pernah baca (or dengar, i can't remember). org selalu ckp macam ni.

"amiklah duit ni,takpe,saye ikhlas"

yang mana sebenarnya salah sama sekali. kita xboleh sebut kita ikhlas, eventhough memang betul kita ikhlas. but then,tuhan je yg tau kita ikhlas or tak. kalau betul2 ikhlas,tak payah nak mention.

aku tak tau ah ko paham ke tak ape aku try sampaikan. tapi..err just nak share je. nur athirah kamarudin dah makin kurang ilmu, asyik merayap ke konsert and menangis sebab benda bodoh je. haih!

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

to kecik,

kite paham alhamdulillah..^^
yep yep yep!
definitely right.
hny Allah yg nilai hati manusia.
Dia je yg tahu ape yg bersarang dlm hati kita.
no one else.

nur athirah kamarudin lepas ni akan makin banyak ilmu insyaAllah.
kerana beliau seorg muslimah. dan seorg muslimah harus mencari ilmu sebanyak mungkin.
saya yakin, ilmu beliau ini lebih byk berbanding ilmu saya. krn beliau lbh byk berjalan dan melihat seraya bisa mentafsir dgn lbh dalam lagi.
merayap ke konsert mesti pulang dgn byk observation ttg tingkah-laku manusia. juga ttg hakikat penciptaan kita.
menangis mesti tamat dgn fikiran optimis bhw sglnya dah ditentukan dan sglnya tersirat hikmah tersendiri. dan jugak menangis melepaskan kekusutan jiwa.

as a reminder, ini bukan perli or "no offense" kinda thing. ngerti loh? hehe
eit, enset awk ada dgn awk ke? nape ritu kite mesej, tetibe megat yg jawab. fuhh seram sejuk den. ngaha! cemane nak contact awak haaaa??!! bisa gila jadinya tahu? hu. ish nauzubillah...heh.

-syaimaa'-

atiqah khuzaini said...

masyaAllah.
jzkk!
best la syaimaa'.hee.terus sharing lg yeh.heh

WF:ciktim said...

bagusnya adik kakak.
ikhlas ke tak ni?

jadi harfu jar!
duk sorang tak berguna!
bila dalam ayat,
boleh mengubah perkataan selepasnya!

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

to atiqah khuzaini,
alhamdulillah. heh. jzkk juga!

-syaimaa'-

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

to kak WF,

haha!
hmm betul.
kerana kedatangan sebuah perkataan je dah ubah seluruh mksd.
ajaib2! ^^

-syaimaa'-

fm said...

macam pernah kulihat isi post ini, tp di mana ya? *wink*

MM

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

to MM,

heh.
of course la.
ni kire report lapok.
haha

-syaimaa'-