May 20, 2009

~SPM::Salam Perjuangan Mizah !

Bismillahirrahmanirrahim


Perutusan kali ini khas buat Yang Miza, yang sedang menghadapi Setara SPM 2009.


Hanya ingin berkongsi pengalaman sendiri ketika berada di Tingkatan Lima. Banyak yang mahu dicoret namun harap ini dapat kalau tidak banyak, menaikkan semangat Izah dan kawan2 yang bakal menduduki peperiksaan penyudah zaman sekolah menengah antum. Moga dipermudahkan segala insyaALLAH.


Apa yang boleh diekstrak dari memori form five dahulu, ialah nikmat kebersamaan. Bersama sahabat yang satu batch. Peranan asatizah SMI Hidayah yang bukan sahaja memerah tenaga memberi faham tapi yang amat memberi kesan pada along ialah mereka asatizah ini bagaikan teman yang tak jemu melayan karenah dan menurut mood kami demi mendidik, mendorong kepada kejayaan kami di masa depan. Masa depan sebagai muslim yang akan memakmurkan bumi dengan agama yang ada padanya, ilmu yang dipelajari dan janji Allah sebagaimana dalam AlQuran dan AsSunnah.



Sepanjang zaman sekolah barisan asatizahlah yang glamour. Siang malam akan diingati pelajar. Masakan tidak. Siang pelajar jumpa di dalam kelas ataupun dalam bilik guru. Tidakpun mesti di kantin. Malamnya pula pelajar2 akan bersengkang mata mengusahakan tugasan2 (dalam bentuk 'homework' eyh) demi asatizah tercinta. Kata-kata asatizah ditampal di kepala katil. Nasihat mereka menjadi pedoman sepanjang hayat. Memang glamour.

~Jasa mereka hanya Allah sebaik-baik Pemberi Ganjaran [Semalam ada majlis khas buat guru2 Hidayah di sekolah "Ust Ezaidin dapat kekal popular tahun ni tak???" dan ikhwah batch sepuluh pula dengan acara merai guru2 mereka. Terharu along. Budak baik2 semua ni]



Sijil Pelajaran Malaysia.


SPM.


Barangkali hanya segelintir yang mengetahui dan sedar bahawa ia adalah satu titik besar bagi along sendiri. Kenapa ya. Sebab along tak pernah periksa besar seBesar itu. Lebih besar berbanding PMR. Sebesar tembikai nak dibanding dengan oren. Besar sebab banyak madah (matapelajaran). Besar sebab ada periksa esei. Sejarah. Geografi. Lagi-lagi Bahasa. Tiga bahasa tak termasuk English for Science and Technology. Allah jelah yang tahu apa harapan along untuk tahun itu. Harapan yang sama along doa pada tahun 1999 dahulu. Tika menjadi kandidat (calon peperiksaan) SATs, sebelum pulang ke Malaysia. Tapi kali ini memang tak boleh dielak. Apa pun alhamdulillah baik-baik je sudahnya. Heh


Januari 2004, satu misi. Disebabkan misi ini, along terima ofer ayah untuk menetap di asrama SMIH. Mula-mula niatnya untuk mengambil pengalaman duduk asrama dan lebih fokus untuk SPM. Lagipun sudah banyak kali ayah ofer tahun2 sebelumnya. Tak rugi pun insyaALLAH. Dan itu tahun akhir di sekolah. Nak rasa 'hidup' 'di hostel, bukan lagi sebagai pelajar harian berulang alik seperti sebelumnya. Alhamdulillah keputusan itu telah banyak membantu, membuka minda dan hati, dan barangkali tak salah untuk mencatat ia sebagai satu pusat perubahan diri yang banyak memjadikan along yang hari ini. Bagai satu permulaan along yang baru.


Tak dapat nafikan hidup seorang budak asrama berbeza dengan budak yang tak duduk asrama. Bahkan budak asrama sangat popular dengan peraturan ketat yang khas, stadi stadi stadi, mengantuk dalam kelas (dan juga ^_^tika Prep). Lagi, ukhuwah antara penghuninya juga berbeza. Tak boleh sangkal yang terkemudian. Memang istimewa. Amat bermakna buat along.


Kenangan masa di Kamar Izzah sudah tentu banyak. Dari hari pertama jejak hingga hari-hari SPM yang bersejarah dengan teman-teman seperjuangan. Kami, kakak-form five dengan mereka, adik2 (campur angah). Dari jumlah penghuninya yang 20 orang sehinggalah ia berbaki kurang dari sepuluh menjelang musim SPM Ramadhan tahun itu. Ya memang waktu itu asrama bukanlah 'secanggih', 'sepopular' apatah lagi 'semewah' nak dibanding terkini. Dulu mana ada interviu ketat sebelum diterima masuk. Mungkinkah ia menjadi yang demikian kerna prestasi along dan kawan2 juga adik junior pada tahun itu. Heh. Apa pun alhamdulillah sambutan untuk masuk asrama membanggakan sejak itu.


Masa makan, masa Prep, masa solat jemaah, masa main 'chop chop' (ana 'chop' dulu tau!!)..


Masa menghidang makan malam, masa main badminton malam2, masa gaduh2 banat banin tak puas hati, masa semua penghuni berdebar siapa menang kamar terceria minggu ni...

Masa bergelap angkara warung terbakar, masa-masa outing, masa gotong-royong musolla dan sekitar asrama...

Kes buli membuli? Eh, ada ker ek *wink*. Tapi along ada belajar satu istilah...Meringankan beban orang lain apabila ada kesempatan. Kadang kita tolong orang, kadang orang tolong kita pula. Best best. Rahsia? Oh ini sudah tentu ada terutama di kalangan yang hadir 'pada malam itu'. Malam tu rasa macam ramai kenapa eh. Geng asrama penuh dengan ragam, warna warni kehidupan dari hari ke hari.


Sejak form four juga along mula mengenal, berjinak dengan konsep ber'tusyen'. Tusyen, Kelas tambahan. Kelas ekstra. Maka pergilah along menuntut dengan para penanda kertas-kertas SPM. Belajar secara intensif. Bersama rakan2 seperjuangan. Seronok. Lagi nape? Salah satu sebab ialah kelas tusyen tertentu dibuat diluar sekolah. Maka dapatlah along balik rumah*_*.

Tingkatan lima. Tahun tu ada satu kali 'fly'. (Ofer dari ayah yang ini mana boleh nak tolak) Akak memang ketua tim yang tak bertauliah. Hari perlawanan boleh nak fly jenjalan di kuching. Sori girls. Netball menang kan tapi Akhirnya ingat tak rumah biru nombor berapa tahun tu T_T. Rasa bersalah juga lah.


Perkataan periksa pun sinonim dengan perkataan motivasi. Kem motivasi. Perkhemahan di pulau sibu tahun tersebut masih menjadi antara feveret along~ Para motivator diundang ke sekolah dari semasa ke semasa. Terasa macam 'anak2 emas' kan? Bertambah best.

Poin along hanyalah supaya izah rasa lebih lapang. Lapang dada, fikiran. Form five;It's not that bad. Trust me. Please enjoy the few months left at school. Hari-hari yang berbaki sebagai senior di Hidayah.





SPM ni adalah antara periksa2 dunia. Ini baru garisan mula hidup.

Izah yang tentukan masa depan izah sendiri. Izah yang mampu buat demikian.

Perlu lebih berjaya dari orang lain, dari along dan angah. Jadilah Hamizah Solihah.
Hamizah Solihah 20 tahun dari sekarang. Dapat bayang tak? Siapakah Izah besok hari.
Imagin lah.

Izah 'set'kan hati. Niat. Niatlah usaha Izah ini kerana Allah. Untuk diri dan ummah. Untuk bantu umat. Izah kan ada beritahu along profesyen idaman Izah. Kalau betul-betul nak, dan dengan izin Allah, capailah, jadilah. Usaha saja. Usaha usaha usaha. Like i always hear myself repeat "Pray Hard Study Smart". Berusahalah.


Bittaufiq wanNajah Hamizah!!~

4 comments:

-angah- said...

yeap.
belajar sebab cintakan ilmu. sebab Dia. bukan sebab nak exam. hoho. ini yg kulakukan dolu2. belajar sbb exam. n the consequence? tanggung la sendiri...huhu
tapi memories kat asrama mmg la best...... haha

nad said...

Wah k.nadiah..mengimbas kenangan lalu.btl2 rindu dgn bdk2 kamar izzah! *_~ thanx k.nadia utk coretan. Mbka sdkt mata hati utk kembali menilai erti peperiksaan.. Semua orang akan rasa nak putar blk masa yg mmg dah tak blh diputarkn.heh

wanie sk said...

good luck mizah...adik kak wanie pun SPM gak taun ni:)

izah said...

huhu.terharunye~
kakak ku amat menyayangi daku..
haha
saye pon suke dok asrama(mase f3 dulu2)
sbbnye..ade kakak2 yg bes kat sana~
huhu.rindu
skrg da xde kakak2 lg..
kite yg kena jd kakak pulak.hmmm