June 23, 2009

perasaan

bismillahirrahmaanirraheem

just felt like spilling something. 
dalam banyak-banyak amal baik yang kita buat, pernah terfikir tak, mana satu yang Allah terima? amacam? tak boleh nak gerenti kan, mana satu amal baik yang Allah terima. kalaulah Allah kasi visible sama amalan kita ni, apa jadi eh? hmmm. 
sebab tu lah kita kena buat amal yang baik belaka dalam kuantiti yang sangaaaat banyaaakk. sebab tak tahu mane satu yang penuhi piawai untuk diterima oleh QC Teragung. hmmm. tapi kadang tu kan, rasa malasssss sangat nak buat benda baik ni. contohnya senyum, membaca, sapu-sapu, lap meja, and all the little little things yang boleh kasi pahala la senang kata. lepas tu bila dah kena sound, barulah terkial-kial nak buat. 
ini belum sebut amal fardi. lagiii laaa dahsyat kesungguhan geng merah bertanduk itu memperdaya. aahhhh!! solat mana yang Allah terima? boleh gerenti? tak buleh....tunggu nanti bila jumpa personally dengan QC Teragung itu ye. baru dia bagitau mana satu yang Dia approve. huwaaa! takut!
***
hmmm tiba-tiba jadi teringat pada sosok seorang tua ni. dia tak kenal lelah. sentiasa semangat. dari jauh, nampak sangat kuat. tapi bila teliti, raut muka dia nampak penat. tapi dia boleh semunyikan. rasa tak sanggup nak tengok. rasa segan pun ada. saya yang bertenaga muda ni senang je nak pancit, tapi pakcik ni tetap steady. tak tahu la apa supplement yang pakcik ni hadam. serata Malaysia dia jelajah. bawa mesej kesedaran Islam untuk remaja. tak kenal henti. tangis dia merayu. doa dia mengharap. tunduk dia tawadhu'. hu.
***
jom muhasabah.
jgn banyak cakap je.
biar jadi macam padi.
makin berisi, makin tunduk. 
biar kita sunyi dalam pandangan manusia, tapi menjadi bualan ahli langit.
--hasil mahsul perbualan dgn cik timster aka fm ^_^

kita ini Allah yang punya

wallahua'lam

5 comments:

atiqah khuzaini said...

huhu.thx ats prigtn.

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

QC tu apa ngah?

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

salam.

to atiqah khuzaini,
terima kasih juga ^^

to al/izah,
QC itu quality controller.

-syaimaa'-

fm said...

ingat ke Quality Certificate.
nice post btw^^ kata2 'kita ini Allah yang punya' sudah dicilok masuk ym-ku.hhee sgt suka.

biar ku tinggalkan jejak sekali dgn link ini, yg jd inspirasi kita berborak2 tempoh hari.lor. muga sentiasa jd peringatan
http://muharikah.wordpress.com/2009/06/12/suatu-ibrah/

-timon yg suka borak dgn syaimaa'

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

salam.

to fm,
hoh kamu cilok ye! cisss. hehe takpe je. muge menambahkan pahala kite semua bile ingat pada Dia. yep3. post kakak senior nt itulah yg jadi perbualan kita. sangat best3! ngeee.

-syaimaa'-