August 21, 2009

Let's ROQ!

bismillaahirrahmaanirraheem

Remembrance of Al-Quds
21 Ogos 2009
is today..


(tak mampu nak menghuraikan tentang ROQ ini.

maka, dikupi pes sahaja dari email. moga bermanfaat)

1. Sambutan al-Quds bukan sambutan 'hari agama'. Ia bukan sebahagian dari tuntutan syariat Islam. Ia hanyalah sebahagian dari usaha untuk mengingatkan kembali umat Islam tentang tanggungjawab mereka terhadap Masjid al-Aqsa dan membela tanah suci Islam yang telah dicemari oleh musuh-musuh zionis.

2. Latarbelakang sambutan hari al-Quds pada 21 Ogos. Ia ada kaitan dengan pembakaran masjid al Aqsa pada tarikh tersebut pada tahun 1969. Kejadian ini telah menggerakkan usaha negara-negara Islam untuk mengadakan sidang tergempar di Rabat pada 22-25 September tahun yang sama. Resolusi yang diputuskan ialah satu sekretariat ditubuhkan di Riyadh dgn Sec-Gen pertamanya al-Marhum Tunku Abdul Rahman al-Haj.. Inilah latarbelakang kpd penubuhan OIC.

3. Sambutan hari al-Quds pada 21 Ogos adalah inisiatif negara Malaysia. Oleh kerana itu memang anda tidak akan dapati sambutan hari al-Quds ini di seluruh dunia. Malaysia juga tidak lagi memasyurkan hari al-Quds pada 21 Ogos sebagaimana sebelum ini. Pos Malaysia mengeluarkan setem peringatan hari al Quds pada tahun 1978 dan 1982.

4. International al-Quds day yang disambut pada jumaat ke 3 pada bulan Ramadhan adalah saranan Khomeini Iran. Ia juga sebenarnya tidak ada kena mengena dengan peristiwa-peristiwa khusus yang berlaku di Palestin. Ia hanyalah satu inisiatif dari Iran untuk mengingatkan kembali tanggungjawab umat Islam terhadap al-Aqsa. Tidak bermakna ia disambut berdasarkan takwim Islami maka ia ada signifikan 'agama' yang tertentu.

5. Sambutan al-Quds pada 21 Ogos adalah sebahagian dari usaha untuk mendapatkan sokongan dan solidariti masyaraka t antarabangsa ke atas pencabulan yang berlaku ke atas masjid al-Aqsa. Maka peristiwa yang berlaku pada 21 Ogos dijadikan sebagai 'tarikh landmark' untuk rally sokongan umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Ini samalah dengan memperingati hari an-Nakbah pada 15 Mei dan hari an-Naksah pada 5 Jun, masing-masing merujuk kepada penubuhan negara haram Israel 1948 kekalahan dalam perang 6 hari 1967. (kedua-dua peristiwa penting ini juga tidak merujuk kepada kalender Islami - takwim Hijri)

Demikianlah sedikit penjelasan tentang latarbelakang Hari al-Quds pada 21 Ogos. Kesimpulannya hari al-Quds adalah inisiatif umat Islam di Malaysia untuk memperingati Masjid al-Aqsa dibakar oleh musuh-musuhnya, supaya umat Islam terus insaf bahawa al-Aqsa sedang berada di dalam bahaya yang berterusan. Mudah-mudahan dengan penghayatan hari al-Quds ini membangkitkan semangat jihad umat untuk terus berjuang membebaskan al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari ancaman musuh zionis.

Wallahu'alam bissawab

Dr Hafidzi Mohd Noor
PACE
Malaysia


wallahua'lam
sila visit website ini dan ini. tq

No comments: