August 11, 2011

tak semangat beramal dah?

bismillaahirrahmaanirraheem

Salam Ramadhan ke-11 yang mulia! :)
Semoga hari kita terus dihiasi keindahan-keindahan bersama Dia.

Malam tadi, sahabat saya memujuk hati galau saya dengan memberi hadith ini. Arigato Nur Syuhada Roslan! :D
Maka saya pun teringin nak kongsikan hadith itu bersama kalian pembaca yang dihormati.
"Setiap amal mempunyai masa semangat dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatroh). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku maka ia telah mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang masa lemah semangatnya berada pada selainnya maka ia celaka" (HR Ahmad)

Kalau rasa tak semangat dah,
atau rasa tak zouq masa solat,
atau rasa malaaaaass sangat nak buat benda kecik yang baik (cth cuci pinggan),
cuba check semula hati kita <3
Dia lalai ke dengan urusan dunia? Dia ada buat maksiat yang dipandang sebelah mata je ke? Dia tenggelam dalam nikmat tidur sepanjang hari?

Aaaaa ingat lagi hadith berkenaan hati..
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Mungkin hati kita terpaut dengan dunia dan
kita tak sedar kita ni dok asyik buat benda lagho (sia-sia) yang mana akhirnya,
nikmat beribadah tu lama-lama hilang melayang entah ke mana..

Setiap manusia itu pastinya jatuh. Jatuh tersembam sampai berdarah-darah pun ada. Luka dia, masyaAllaah..
Tapi yang membezakan antara mereka adalah bangunnya dia kembali dari jatuh tu.
Memang la malu kan bila bangun balik.
Bayangkan kalau tersadung terjatuh kat tengah alam, tak ke merah muka, maluuuunyeee jatuh kat depan orang!
Tapi takkan nak terus terduduk je kat situ kottt? Bangun la dengan cepat! Dan buatbuat tak tahu jeee.
Cemtu la jugak kalau dah terfutur (masa turun semangat/rasa down).
Cepat-cepat capai alQuran, mintak tolong kawan nasihatkan, duduk jap muhasabah balik apa berlaku, nangis kalau rasa perlu
dan teruslah melangkah laju tinggalkan futur tu kat belakang!
. . . .b.y.e.b.y.e..f.u.t.u.r. . . . .

"..Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku maka ia telah mendapat petunjuk..."
^____^

Wallahua'lam

8 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

biah sangat main peranan :)

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

to danial,
yep betul tu.
dan biah yang baik perlu dibina.
mulakan dengan diri.
macam dalam kata-kata siapa ana tak ingat, "binalah Islam dalam dirimu, agar Islam terbina di sekelilingmu".

-syaimaa'-

sofiyyah said...

"Bayangkan kalau tersadung terjatuh kat tengah alam, tak ke merah muka, maluuuunyeee jatuh kat depan orang!
Tapi takkan nak terus terduduk je kat situ kottt? Bangun la dengan cepat! Dan buatbuat tak tahu jeee."

perumpamaan yg sgt cantik syema' bg ^_^
hidup dlm dunia ni kne ade motivasi diri yg kuat tmasuklh trbyh dzatiyyah yg istiqamah,shbt2 yg benar & kebergantungn pd Allah yg total.
a very long road..semoga terus tsabat!

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

to kak sofi,
hehe.
ada contoh baru senang nampak :)
benar belaka ape yg akak sebut tuh.
Allah Allah..
moge kite terus thabat!

-syaimaa'-

Anonymous said...

mintak pinjam ayat setiap amal bla bla tu eh??

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

to Rapunzel Cikilolo,
amek je :)
bukan saya punya.
kita semua punya hadis tu ;)

p/s: suke nama Cikilolo. hehe :D

-syaimaa'-

Anonymous said...

syaimaa... hadis tu menyedarkan saye hari ni... thanks

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

to Rapunzel Cikilolo,
alhamdulillaah.
kita serupa, hadis tu pun menyedarkan saya gak.
dan bila dah dicampakkan rasa kesedaran tu, grab cepat and dont let go! sebab Allah bagi hadiah dalam bentuk perasaan sebegitu.
moga dipermudahkan jalan untuk membuat kebaikan :) dan tetap tabah melakukan kebaikan walau sekecil memberi senyuman.
ganbatte untuk kite berdua! hehe :D

-syaimaa'-