October 27, 2011

Ten days of Happiness in ZulHijjah~

Bismillahirrahmanirrahim

28 Zulqaedah 1432 tahun sejak penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah
.
.
.
Esok 29 Zulqaedah
.
.
.
dan lusa, bermulanya 1 Zulhijjah.


وَلَيَالٍ عَشْر . وَالْفَجْرِ
“Demi fajar dan demi malam yang sepuluh”. [Al-Fajr: 1-2]

Here's a link to a very good tazkirah (peringatan) by Dr Abdul Basit ttg kelebihan 10 hari awal Zulhijjah:
http://www.youtube.com/watch?v=A4QxkgV0Mjo&feature=player_embedded

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

******

Para pembaca yang budiman, di sini saya ingin mencadangkan beberaa pekara yang boleh dilakukan secara individu atau bersama teman serumah untuk merebut peluang 10 awal zulhijjah.

1) Target untuk khatam 1 quran penuh dalam tempoh 10 hari tu. So perlu berusaha untuk menghabiskan 3 juzuk sehari. (kalau baca tanpa suara iA dalam 30 minit boleh setel 1 juzuk).

2) Solat pada awal waktu. Pelihara solat jemaah.Kempen anti masbuk :D

3) Tunaikan 5 solat sunat- solat sunat dhuha, solat sunat witir, solat sunat selepas wudhu', solat sunat rawatib dan solat sunaat Jumaat (perempuan hukumnya sunat, kalau lelaki memang wajib lah kan)

4) Share artikel tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di facebook/blog/tumblr/mana-mana laman sosial. Sampaikan tazkirah tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di kelas/rumah/di mana-mana yang masuk akal. Sebarkanlah melalui apa-apa sahaja medium yang mampu anda fikirkan.

Eh, kalau share video kat atas ni pun menarik jugak :)

5) Hidupkan 3 jam yang utama. 2 jam dari waktu sebelum subuh terus beriktikaf di tempat solat sehingga naik matahari dan 1 jam waktu maghrib-isya'.

6) Puasa sebanyak-banyak hari yang boleh sepanjang 10 zulhijjah, paling utama pada Hari Arafah (9Zulhijjah).

“(Puasa Arafah akan) menghapus dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim no. 1162)

7) Lazimi lidah dan hati dengan zikir. Perbanyakkan menyebut kalimah 'Lailahaillah walhamdulillah wallahuakbar'.


وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“…Supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan..” (QS. Al Hajj: 28)



8) Jamu orang ketika berbuka puasa.Berbuka puasa besar-besaran bersama jiran/komuniti masyarakat Muslim di tempat anda.

9) Lakukan korban jika berkemampuan, perbanyakkan sedekah dan jangan lupakan hak-hak orang fakir ke atas harta kita.

10) Rebut peluang untuk melakukan apa-apa jua kebaikan.

Marilah kita sama-sama mengikat keazaman untuk meneroka 10 hari zulhijjah dengan sepenuh usaha, dalam ketaatan kepada Allah. Berjanji setialah dengan teman baik anda untuk saling berlumba dalam menghidupkan 10 awal Zulhijjah.

Siapa-siapa yang setel semua 10 perkara yang saya kongsikan ni boleh la nak claim hadiah XD.

Selamat beramal!

Kullu sanah wa antum toyyibin =)



cp-ed from here

p/s
Bestnya da dekat nak raya da!!!
my last raya
My last days in Egypt, in El Mansoura

No comments: