October 21, 2011

HAMAS yg haibat!

Bismillaahirrahmaanirraheem.

Terpegun dengan kehandalan dan kemajuan HAMAS.
Walau dilihat serba kekurangan, mereka tetap menunjukkan mereka yang terbaik, subtly.
Dengan Islam mereka hebat. Sebab jiwa Islam mereka hebat.
Dengan tarbiah mereka tegar dan tak berhenti. (wahai diri, silalah muhasabah T_T)

Berikut sedikit petikan menarik yg diambil dari sini

Keselamatan dan risikan kami tewas kepada HAMAS

Seorang penganalisis ketenteraan berkata dalam siaran radio versi hebrew pagi Khamis(20/10/2011), apa yang perlu Negara Penjajah lakukan adalah berterus-terang tanpa berdolak-dalih, iaitu mengakui sepanjang pusingan rundingan 5 tahun dengan HAMAS, ianya dilumuri dengan kekalahan dan tewas.


Tambah penganalisis berkenaan, "betapa terpegun kami dengar dari SHABAK bahawa ia telah hampir menemui Shalit, kemudian tiba-tiba maklumat itu hilang, sebabnya dikatakan AL-QASSAM telah dapat mengesan perkara ini, Gaza telahpun kami jerut dengan kuat namun tidak juga kami capai apa-apa, bila kami ledakkan operation cast lead ke atas Gaza(perang Gaza akhir 2008-awal 2009), Shalit tidak mati!! dia di mana? bagaimana dia tidur? adakah dia dengar bunyian peluru-peluru menghentam Gaza?."

Sambung beliau, "aku amat rasa pedih ketikamana mengikuti berita pembebasan Shalit melalui siaran satelit HAMAS, keseluruhan Gaza keluar dari belakang HAMAS dan berkata setinggi-tinggi penghormatan kepada AL-QASSAM, perang pun gagal, sekatan juga rebah..akhirnya HAMAS yang mendapat sokongan kuat dari masyarakat Palestin malah dari sudut risikan dan keselamatan, HAMAS juga yang menang."

"Pada saat-saat akhir pembebasan Shalit, Negara Penjajah ini telah berusaha sekeras-kerasnya untuk mengetahui dari kawasan mana Shalit keluar, lalu berubah jadi malapetaka apabila lebih 20 buah kenderaan menyamar sebuah kenderaan yang membawa Shalit, 40 buah lebih jip dari 40 kawasan di Gaza mempunyai warna dan bentuk yang sama dan Shalit berada dari salah sebuah jip, bukan itu saja, pejuang-pejuang bersenjata yang mengiringi Shalit kesemuanya mempunyai bentuk tubuh dan ketinggian yang sama..tubuh mereka berceloreng dengan warna kehitaman," ujar penganalisis itu lagi.


Coal that's put under ultimate pressure will come out as diamonds.
They're DIAMONDS.
Precious ones.
O Allah, grant them Your Jannah. Ameen.

2 comments: