March 20, 2012

biasakan memberi hadiah

bismillah..


orang kata...

kalau nak beri sesuatu hadiah pada seseorang,
berilah apa yang paling kau sayangi..

kerana apa yang kita suka itu..
sudah tentunya dia juga akan suka..


hanya mampu kirim doa dari sini untuk orang di sana.
*terima kasih untuk dua hadiah yang special ini..
wink wink.
.binjai,kelantan.


March 18, 2012

kelantan :)


Bismillahirrahmanirraheem..

Berakhir sudah asasi di nilam puri, Kelantan..

Al-kisahnya..

Keluar sahaja result UPU, maka gembiralah hati ini kerana terpilih masuk university Malaya (UM) dalam bidang asasi syariah.. dan borak2lah dgn kawan di laman sesawang.. tetibe dia kata:“ouh, asasi kos syariah eh..ko dpt UM kat Kelantan la kan..?” . “err...kelantan?” pastu searching2 lah internet.. terbukti ianya di k.e.l.a.n.t.a.n.. Kawan-kawan yang lain ramai tercampak di UIA, UITM, USIM, UM KL. nilampuri hanyalah aku seorang sahaja akhawat dari smi hidayah jb. Dan 2 orang ikhwah lg..

Pasrah.………..

Secara keseluruhannya.. di akademi pengajian islam university Malaya(apium) semuanya ok-ok. Pensyarah, persekitaran, pelajaran, sahabat2 semuanya ok.. cume pelajarannya agak berat sedikit.. Silibus pelajaran dalam bahasa arab. ada juga subjek mathematics, English, praktikal ibadat, kenegaraan dalam bahasa melayu.

Kelantan darul naim.`

Pasti akan dirindui.

Terutamanya mereka berdua..

mohd nordin (caca) dan pn. hasmah (caci).

caci.yumni.caca

mereka sudah seperti mak ayah saya di Kelantan. Menggantikan ummi ayah di johor. hee.

Sangat suka duduk kat rumah caca caci.. waktu hujan, kelaparan, blackout ,tension ,bosan,sedih, assignment tgh bertimbun.. Macam nak teros balik binjai jek masa tuh. Melarikan diri dari masalah~ masa semester 1 & 2 selalu pi rumah mereka. Semester 3 dalam 2kali.. semester 4 sekali jek. Hamizah bukan dah jadi sombong.. tp ade byk program di um, ade kuliah, ade kelas memandu lagi.. huhu. Ingat tuh memang ingat..tapi..tapi…. tak ada rezeki. Hee

.Caca.

Caca nih seorang yang peramah. suka bercerita. Kalau dalam kereta, takkan sunyi sepi duduk dalam kereta tuh. Ade je bende caca nak cerita. Tak berhenti-henti ceritanya sampaikan kadang kadang hamizah tak tahu nak bagi respon ape kat belakang. Caci lah yang setia menemani di sebelah caca. Aku? Pandang ke cermin kanan.. lihat pemandangan indah di luar~ ngeh ngeh

Caca pandai bertukang jugak .macam pak ngah arif.. Tp Pak ngah buat keje2 kat pejabat dia.. Caca bertukang kat depan rumah dia jek. Melihat caca bertukang itu ini, itu sangat best! Mungkin sebab orang-orang johor xpandai bertukang.. jadi agak jakun sedikit di situ ye.. heh.

Nasihat caca yang paling diingati: “ orang yang banyak tido adalah orang yang rugi..”

dush3.


.Caci.

caci caci caci..

selalu mesej caci nak datang rumah.. caci pula amatlah mengalu-alukan kedatangan. Nak bawa kawan-kawan pon boleh katanya.. Hamizah selalu cerita pada dorang tentang caca caci. Hasrat di hati memang nak bawa kawan2 stay rumah caci.. tapi tiap kali nak pergi..ade je hal yang melanda..huh kecewa~

ouh ouh. Masakan caci the best lah.. terutamanya mee goreng yang caci masak pagi-pagi tuh. Jemput-jemput pon sedap.. maaf la selalu x tolong caci masak.. duduk dalam bilik je.. pastu makan pon sikit..lambat pulak tuh. Terpaksalah caci menunggu hamizah habis makan. Bila Caci suruh tambah nasi, selalu jawab “dah kenyang”. Haihh~

mintak maaf andai selama ini hamizah ada terbuat salah, terguris hati, tersilap bahasa, malas, tak sopan, tak bagi respon, banyak diam dan banyak lagii… hua.

Terima kasih atas segala-galanya. Jasa kalian akan ku ingati sentiasa ^__^

semoga keluarga ini dirahmati Allah,
diberikan kekuatan dalam apa jua kead
aan,
dan

semoga berbahagia hingga ke syurga.
^^

.peace!

lepas nih jarang nak nampak bendera kelantan terkibar-kibar.
nampak bendera johor pulak.huhu.

Hm hm..

Kenangan:

-bandar kb

-naik bas jb à kb selama 12 jam.

-orang-orang Kelantan serius baik-baik + sopan.

-orang ber-kecek Kelantan

-suasana Kelantan yang soleh solehah

-tempat tok guru nik aziz. *xsempat jumpa pon.tengok kereta je

-pantai !
pantai irama,pantai cahaya bulan, pantai melawi, pantai bachok.. johor mana ade pantai.

Promotion.. marilah datang ke Kelantan..

kepada adek2 lepasan SPM. Marilah belajar di akademi pengajian islam university Malaya (APIUM) nilampuri Kelantan. Ade empat pilihan kursus.. asasi pengajian islam, syariah, usuluddin, dan pengajian islam dengan sains. Seronok~ mail ah.. confem x rugi.

Kalau nak melancong di Kelantan. Tempat paling popular.. wakaf che yeh, pasar siti khadijah, sekitar Bandar kota bharu, banyak pantai, kedai makan pon banyak, rantau panjang, pengkalan kubur. Makanan pula, nasi kerabu, nasi kukus, nasi ulam, nasi berlauk dan macam-macam lagi. Oh,dan nasi air. Haha. Nasi air=bubur.

Bubye Kelantan.

Kalau ade kad jemputan, jemputlah kami sekeluarga ye ^^

(ehem kak ain.haha)

selamat sudah sampai di johor bahru..
alhamdulillah.alhamdulillah.

lepas nih mengadap bandar je la nampaknya
rumah2 teres..kedai2 cina, @.@

wassalam.

March 12, 2012

terharu~

bismillahirahmanirahim..

esok..
jam 2.30-4.30.
last exam! :)

sepanjang menempuhi minggu peperiksaan..izinkan saya mengpost beberapa -photo- dari shbt2 saya yang telah banyak memberi sokongan pada saya sepanjang minggu exam ni (03-13 mac 12).


1. Usaha+Doa+Tawakal=Success
*Caiyok!*
(1 mac, mesir)

-----------------------


2. masih ada masa ukht.manfaatkan masa-masa yang ada sebaiknya taw
doa.usaha.doa.usaha. +tawakal=najah.insya-allah!
:) go go caiyokkk!! saya doakan awak mumtazah.hihi~
(1 mac. uitm shah alam)

--------------------

3. @hamizah solihah, good luck! biar semua all out, k?
iAllah ada masa dan waktu lagi ni, Allah akan permudahkan (:
(1 mac. usim nilai)


----------------------


4. kalau hari ni loser, xsemestinya esok loser gak :)
(9 mac. apiUM nilam puri)


-------------------

5. selepas mendung akan hadirnya sang pelangi :)
selepas kesusahan akan hadirnya kesenangan..
#setiap yang berlaku ada hikmahnya.
(10 mac. mesir)


----------------------


6. okay. Ganbatte !
(11 mac. mesir)
----------------------


7. moga dipermudahkan ye ;)
(12 mac. mesir)
----------------------


8. @hamizah solihah selamat berfinal exam.
(12 mac. mesir)

------------------------------------------------------

# ade juga pesanan bertulis dari mereka yang lain.. kata-kata semangat dari mereka. tapi mungkin tak terlarat nak tulis semua. eceh. macam ramai jek peminat xD

# serius.. kepada mereka-mereka yang post photo2 nih.. saya memang terharu yang amatlah!

# segan dibuatnya.. sbb ramai yang bagi support.. macam orang yang x pernah exam je selama ni. gelabah je lebih. haishh..

# bertuahlah saya kerana memiliki sahabat2 yang sgt supportive ni. yg tak mudah lupa kawan. *nak jadi seperti mereka juga lah..hee

# terima kasih kepada awak, awak, awak, awak, awak, awak......... .really appreciate it!.


sekian :)

March 11, 2012

erti seorang hamba

bismillah dan assalamualaikum..


apa ertinya aku menjadi seorang hamba?
apa ertinya aku menjadi seorang muslim?
apa ertinya aku menjadi seorang pelajar? guru? pekebun? doktor?

syukur.. kerana hingga ke harini aku masih dapat meng-inhale-exhale atas muka bumi ini. cube kalau esok kematian menjemput aku.. apa aku nak jawab dalam kubur nanti?
apa yang aku dah lakukan sepanjang hidup atas dunia ni? amal ibadahnya,amal jariahnya..

teet.................


.sesungguhnya solatku, ibadahku , hidupku,dan matiku hanya untuk Allah.
(6:162)
.setiap amalan bergantung pd niat.
(hadis 1)

pernah suatu ketika dulu aku sangat menginginkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan upsr/pmr/spm.

ketika itu barulah nak mencari Dia..barulah nak rajin-rajinkan ber qiamulail atas sejadah kesayangan kau tuh. dengan alasan mahukan kasih sayang dariNya.. tak nak Dia lupakan kita walau sesaat pon ketika itu..

minggu exam la katakan.. kenalah jaga hubungan dengan Allah.
betol x ?? huh. salah konsep tuh wahai kau..


kini..
segalanya telah tercapai. segalanya termakbul..

betapa malunya aku. waktu susah baru nak cari Dia.. waktu senang x teringat langsung~


study itu ibadah, berkerja juga ibadah.

tidak ada tembok yang memisahkan antara alam study dan alam pekerjaan.

semasa alam study, ibadah tidak dilupakan pon. exam exam exam..qiam qiam qiam..bagus betol ketika itu.

alam pekerjaan pula tetibe tertukar arah tujuan. teros nampak duit! kejar kekayaan semata-mata, mengisi perutnya dengan macam-macam jenis makanan dek takut mati kebuluran, malah beli sepuluh bijik rumah lagi tuh utk keselesaan hidup.

melampau sangat la tuh kan.haha. ok abaikan.

kita ada matlamat lebih jauh dari itu.
dunia ini sebagai ladang akhirat. bukanlah mengejar keduniaan.. kerana dunia ini terlalu murah untuk diperdagangkan.. hanyalah fatamorgana.. Andai tersungkur ke lembah keduniaan..maka itu menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menasihati dan mengingatkan kembali tujuan hidup mereka.

seorang doktor bertanggungjawab untuk merawat pesakitnya. merawat penyakit jasadnya, menasihati,dan beri ubat . kerja selesai.

tetapi untuk menjadi doktor yang luar biasa.. ia bukan sahaja merawat jasad, malah merawat jiwa dan rohani pesakitnya.. kita punya tanggungjawab untuk merawat jiwa dan ruh yang sakit. memberi kesuntikan keimanan pada jiwa-jiwa dan jasad mereka yang semakin tenat. oh, istimewanya kerja ini kerana ia merupakan kerja yang tidak bergaji. ia hanya dilaksanakan oleh mereka yang yakin akan bangkitnya Islam di mata dunia.. suatu hari nanti.

be a professional doctor. transforming the inner you. from zero to hero,,

akhir sekali.. majulah sektor pekerjaan untuk islam! erk.
sekian, wassalam.

siap sudah 'artikel'.

March 10, 2012

Peristiwa Hijrah: Pengajaran dari sudut daawi~

Bismillahirrahmanirrahim

Pada suatu petang, sebagaimana yang dijanjikan aku tiba bersama-sama akhawatku di tempat biasa.

Sementara menunggu hadirin dan tetamu khas sampai, kami membaca ayat2 dari surah Al-Furqan. Tentang IbaadurRahman dan

sifat2 mereka. Bacaan diperdengarkan oleh ukht dari Madagascar yang masyaAllah sudah habis hafalan qurannya. Namanya ukht Aminah

Majlis mula dipenuhi dengan akhawat dari pelbagai bangsa dan negara. Ada yang pernah kukenal dan ramai yang pertama kali kulihat. Alhamdlillah kerana bila kami mula taaruf jamaie (berkenal secara ramai2) baru ku tahu bahawa ramai lagi akhawat di luar sana. Yang dari Indonesia, dari Somalia, Turki, Turkmenistan dan Mesir. Malah ada teman Aminah juga hadir membawa bayi yang berusia 1 bulan. Meriah sungguh

Masing2 punya bahasa sendiri tapi kami mudah faham dengan berbahasa arab alhamdlillah

Saat jemputan khas dari ikhwan mesir berpuas hati dengan kesediaan kami menerima taujih, sharing pun bermula^_^

HIJRAH NABI S.A.W DALAM KONTEKS PELAJAR MUSLIM
Awwaluhu, perlu jelas hadaf dalam jihad..menuntut ilmu itu jihad fi sabilillah sehinggalah kita pulang ke rumah (atau dalam konteks kami, tanahair masing2)

Tentang sifat2 asykhos(individu2) dalam peristiwa Hijrah Rasulullah (baca: muhajirin dan ansar),

1. Ikhlas..niat yang betul. Sebagaimana muhajirin yang sanggup meninggalkan segala yang dipunyai, famili, tempat lahir. Macam Mus'ab yang sejak kecil hidup mewah..dan Abu Salamah yang mendapat halangan dari pihak keluarganya dan keluarga isterinya.

2. Rasa yakin dengan nusratil islam (ingin menangkan agama Allah)...sehingga ia mampu menghiasi dirinya pada setiap masa dan perbuatannya

3. As-Sidq (benar2 sebagai seorang yang beriman)

4. At-Tadhiyyah (berkorban)...seperti Khabab bin 'Arat seorang sahabat yang patut dicontohi kerana Allah menyebut dalam ayat (Taubah:111) Innallaha yasytara minal mukminiina anfusahum wa amwalahum...

...semua ini sebab apa.. Tidak lain kerana para sahabat dengar, tahu, terbayang2 dan sentiasa mengejar2 syurga itu!

5. Sabar


Dan...
Ganjaran2 Allah ke atas para muhajirin termasuklah:
1. Rizq..yang tak putus (padahal mereka sehelai sepinggang ketika sampai ke Madinah)

2. Hasanah..(pahala yang berterusan lebih2 lagi sahabat2 yang berdakwah)

3. Maghfiratullah

4. Diangkat darjat mereka di sisi

Akhirnya, poin2 daawi yang dapat diambil dari peristiwa agung Hijrah Rasulullah s.a.w antaranya:
1. Bagi membina masjid..sebagai pusat(baca: asas) daulah islamiyah di Madinah
2. Persaudaraan muhajirin dan ansar
3. Hubungan2 luar sebuah negara islam dengan negara lain

*****************************************
banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan..benarlah kata Asy Syahid Imam Hasan Al Banna "Al Waajibaat aktsaru minal auqat"

Ikhwan juga dalam muktamar yang terbaru Rabu lepas, mengulang ayat ini dalam mana mereka kini berdepan dengan fasa yang mencabar lagi menuntut juhd. Di saat kritikal ini mereka harus membuktikan bahawa hasil tarbiyah yang sering dilaungkan ikhwan bakal mengubah umat muslimin. Bukan setakat di tanah air mereka Mesir bahkan di setiap negara di seluruh dunia. InsyaALLAH apa yang kita sama2 impikan sudah dekat. Khilafah Islamiyah.

Sudahkah kita bersedia menyambut seruan dan menyokong gagasan perjuangan ini?


gambar2 sekitar Nadwah FJP (Guest of Honor was Dr Mohamed Mursy)..



..dan Muktamar Nisa' hizbul Hurriyya wal 3Adaala yang pertama kali dibuat di mesir!